~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏16~

1K 36 7
                                    


Waktu pagi sudah pun terpacak dekat tingkap nampak cahaya nur awal pagi ni. Nasib sempat solat subuh tadi ni pun tidur 30minit buat rasa-rasa. "Raisya cepat turun dah nak pergi ni"Alamak apa pasal Zayyan tak ketuk pintu awal-awalkan senang kalau aku nak berdandan ke apa ni tak!.

Kaki mengorak langkah ke bilik air. Kena cepat ni kalau tak bukan seorang je membebel boleh semua yang ceramah kat aku nanti kenapa lambat.

**✿❀ ❀✿**

"Lambatnya Adel ni orang lain dah nak gerak dah"seperti suara Keyla ingin membebel dah tu baik aku siap cepat. Kalaulah dapat jadi flashgirl takyah bersiap sampai 30 minit.

Kaki terkedek-kedek ingin menuruni anak tangga dengan bawa beg bagasi besarnya itu. "Ya Allah ni kau nak duduk tetap kat sana ke apa"mulalah tu si Keyla ni.

"Berat sangat tu Raisya meh aku tolong"Zayyan menghampiri Adelia untuk menolong mengangkat beg bagasi seperti gajah.

"Apa ni nak bermanja kat tempat lain? ..geli aku"Aryan macam dah geli dengan kelakuan Zayyan tadi nanti dia pun sama kena buat macam tu.

"Cepat boleh tak nanti kita terlepas penerbangan ke italy korang siap aku kerjakan"ujar Aiden.

"Aku dah booking nama hotel kat italy nama dia Grand hotel La Favorite"Aryan ni cepat betul buat kerja sejak bila dia booking. Lantak lah janji pergi bercuti kita kena lupakan masa silam dan lupakan semua.

"Uish cun jugak tu..Dah jom gerak but kau tak kejutkan yeen ke nanti dia merajuk" Soal Adelia kepada Aiden namun diberi respon menganggukkan kepala.

"Aku dah kejut tapi dia tak bangun"

"Oklah jom gerak!!"Keyla teruja ingin berlepas ke italy boleh dikatakan first time jugak lah sebab kami pergi pun waktu universiti dulu belajar kat italy.

Mereka semua berangkat pergi ke airport dengan menaiki kereta Keyla. Nasib baik besar maklumlah kereta Alza. Memandunya tugas Aryanlah.Sampai jumpa di italy.

**✿❀ ❀✿**

"Aryan , Aiden sini sekejap aku nak bagitahu alang-alang dah sampai italy ni sementara Adelia ngan Keyla uruskan bilik hotel"ujar Zayyan dengan memegang lengan kawannya itu pergi ke tempat yang tiada orang.

"Err weh macam mana nak lamar seorang perempuan tu"soalan pertama yang diberi oleh Zayyan kepada mereka berdua.

"Soalan apa yang kau bagi kat kitorang ni hah"Aiden menjentik dahi kawannya yang tidak bisul itu. Aryan hanya menyimpan ketawanya takut nanti kena marah habis semua barang dibaling nya nanti.

"Aku sebenarnya nak lamar si Adelia Raisya untuk jadi teman seumur hidup aku"jawapan Zayyan tadi membuatkan mereka berdua gelak terbahak-bahak.

"Hey bro alang-alang dah sampai italy ni, aku cakap italy jelah vuoi chiedergli di avvicinarsi a una zona romantica atau (kau nak lamar dia pergi dekat kawasan yang romantik)"Aryan memberikan idea yang sangat bernas kepada Zayyan manakala riak wajah Aiden macam dalam kebingungan apa yang dikatakan oleh Aryan tadi.

"Amboi!! Mentang-mentang dulu aku tak amik aliran bahasa italy kau boleh rendahkan aku ye"Aiden sudah bercekak pinggang nampaknya sebab dulu Zayyan dan Aryan mengambil dua aliran bahasa manakala Aiden hanya satu.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now