~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 33~

304 13 3
                                    

KEDENGARAN bunyi hon kereta berbunyi dihadapan perkarangan rumah sewa Keyla. Keyla dan Yeen memandang satu sama lain. Keyla memberikan isyarat kepala untuk Yeen membuka pintu. Kita suruh dia..dia suruh kita pulak. Siapakah gerangan yang hadir pada waktu begini?

Yeen mencapai tudung sarung yang tersangkut berhampiran dengan pintu utama lalu pintu itu dikuak perlahan-lahan.

Terpancul kelibat kawan baiknya.

Adelia Raisya.

Terlihat riak wajah gadis itu pelik semacam. Yeen mengorak langkah untuk berjumpa dengan Adelia. Tak lupa sekali kelibat suaminya pun ada jugak.

Zayyan menyilangkan tangannya didada sambil menyandarkan tubuh tegapnya kekereta sambil memandang serong ke arah Yeen. Amboi jelling nampak?

"Kenapa..khemah ada tapi mana-" kata-kata Adelia dipotong oleh Yeen.

"Bukan harinilah Adelia oii..Besok majlis pernikahan aku tu!? yang ko excited sangat harini dah kenapa? sape yang buat kau teruja ni?" Zayyan meneguk air liurnya. Mampos aku kena marah kejap lagi, tak pasal nanti kena tidur tepi long kang. Kelihatan Adelia memandang Zayyan dengan pandangan yang cukup tajam, sampaikan ada maksud tersirat dan tersurat.

"Erk? jomlah masuk kejap sembang apa yang patut" Nasib kau lah Zayyan dapat isteri yang kuat cari gaduh ni. Yeen memandang satu sama lain. Macam nak mulakan peperangan dunia je.

"Takpe Yeen..kau masuk dulu sementara aku settlekan masalah sekor ni" Yeen mengorak langkah memasuki ke dalam rumah. Keyla yang memandang Yeen agak pelik. Mana tetamunya?

"Aik tadi bukan ada tetamu ke?" soal Keyla agak bingung.

"Dorang kata ada hal sekejap dekat luar? pandai-pandailah dorang settlekan" Keyla membuat riak wajah pelik. Sape dorang tu?

"Dorang tu sape yang kau maksudkan Yeen? " Yeen menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takkan lah dia tak nampak tadi kelibat sape yang datang.

"Adelia dengan Zayyan lah makcik" Yeen menekan perkataan 'makcik'. Terbuntang sejenak anak mata Keyla. Umur muda macam ni takkan panggil makcik? Anak pun takde apatah lagi belum kahwin.

"Shadafakap"

Beberapa minit kemudian*

Terlihat Zayyan mengaduh sakit apabila memasuki kedalam rumah. Manakala Adelia tersenyum gembira. Macam ada sesuatu yang tak kena je ni.

"Halooo my bestie" sapa Adelia lalu memeluk kedua sahabatnya itu. Zayyan yang melihatnya menjuling mata keatas. Kita pun boleh buatlah, nanti apa pulak kata orang sekeliling nanti. Nasib baiklah Keyla sempat menyarungkan tudung sebentar tadi.

Adelia yang melihat perlakuan Zayyan tadi dijerkah sebegitu sahaja. "Eh dia ni?! Apa yang sakit mata sangat? Sampai nak juling mata tu? Biar tembus syiling rumah ni. Tadi dah kena marah takkan nak kena marah lagi.

"Menyala kakakku" Keyla tiba-tiba menyampuk perbualan antara mereka.

Krik... Krik..

"Takpe dowh.. Takpe"

"Jemputlah duduk.. Sembang ke? " Yeen mengarahkan Adelia dan Zayyan tunggu sebentar diruangan meja makan sambil mereka menyediakan hidangan.

Adelia dan Zayyan mengambil tempat duduk bersebelahan. Tangan Adelia yang gatal mencubit lengan Zayyan. Harini dah berapa hari sudah aku kena cubit. Tak silap nanti bengkak pula.

"Cukup Universe? Berapa kali awak nak cubit saya harini? Ini dah kali ke-10 awak cubit saya tahu" Zayyan mencuit hidung mancung Adelia. Sementara ada dua ekor nyamuk yang menyaksikan.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now