TIBA sahaja di perkarangan rumah. Kelibat Puan Arina dan Tuan Zarif terlebih dahulu yang menyambut kepulangan menantunya. Manakala kelibat Arfan tidak kelihatan.
"Kita dekat mana ni? Kenapa tak balik rumah saya. Siapa mereka kat depan pintu tu." curiga buat Zayyan. Setahu dia tidak pernah nampak tempat ni.
"Zayyan, buat sementara ni, awak duduk sini dulu ye? Sebelum kita balik rumah awak?" anak mata meneliti setiap sudut dikawasan luar rumah.
"Zayyan nak saya bukakan pintu untuk awak?" pelawa Adelia. Zayyan hanya menggeleng.
"Saya boleh buat sendiri, terima kasih." Zayyan membuka pintu kereta manakala diikuti dengan Adelia. Dia membuka langkah menuju ke dua orang tua yang berlingkungan 50-an.
"Assalamualaikum makcik, pakcik."Zayyan menyapa salam sambil tersenyum. Hampir berubah air muka Puan Arina dan Tuan Razif.
"W-waalaikummussalam."jawab mereka berdua serentak. Terkejut akan kelakuan Zayyan yang ini.
Janggal rasanya diri dia yang sekarang ini. Kenapa mereka memandang dia seperti begitu? Ada yang tidak kena ke dengan dia sekarang ini.
Adelia yang melihat perubahan air muka ibu bapanya terus menyapa sekali.
"Ma, pa bawak Zayyan masuk dalam rumah dulu, nanti Adel ceritakan."Puan Arina mengangguk kecil. Dia membawa Zayyan memasuki ke rumah.
"Zayyan, jom kita masuk dulu ye?" pelawa Puan Arina manakala Tuan Razif hanya mengikut langkah sang isteri.
Setelah mereka masuk kedalam rumah. Sedaya upaya Adelia mengangkat beg pakaian Zayyan untuk dibawa masuk kedalam pula.
"Berat betul beg suami aku ni." mengeluh Adelia seorang diri. Sampai di muka pintu. Tombol pintu dipulas lalu ditolak perlahan-lahan. Biliknya yang jarang dia duduk begitu berhabuk dan banyak sampah tisu yang belum dibuang.
Lampu bilik dibuka dan..
Klak.
"Hi my baby honey boo, me?" sapa satu suara garau yang amat dia kenali.
Aysar. Bekas kekasihnya yang dahulu.
Beg pakaian yang diangkut oleh Adelia serta-merta jatuh dibawah. Tangannya mula meraba sesuatu permukaan meja yang menjadikan senjata.
GOTCHA!
Pasu bunga dicapai. Tetapi dengan pantas Aysar menepisnya dengan mudah. Puan Arina yang mendengar dari tingkat bawah mula menyahut.
"Adel! Apa yang pecah kat atas tu?! " laung Puan Arina dari aras bawah.
"Takde pape ma."
"Kau buat apa kat sini? Macam Mana kau boleh masuk dalam bilik aku!" amarah Adelia keras. Sementara Aysar hanya tersenyum sinis.
"Don't worry sayang, I tak buat apa-apa pun dekat you, I nak cakap takziah kepada suami you, sebab dah kemalangan lepastu dapat penyakit pula. Mesti you terseksa kan?"
"Dan lagi satu, jangan nak percaya sangat suami you, dia bukan orang yang you sangka. Suatu hari nanti mesti you akan datang dekat I. You mesti akan benci dia dengan penuh perasaan you" tanpa Adelia sedari yang jarak diantara mereka semakin dekat. Setapak kaki undur kebelakang.
Dua tapak kebelakang.
Tiga tapak kebelakang dan hampir bertemu dengan dinding.
"Nak pergi mana sayang, hm?" telapak tangan Aysar naik mengelus pipi milik Adelia. Perbuatan Aysar membuatkan dirinya menjadi geli.
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
RomanceLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...