~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 37~

305 17 1
                                    


SESUDAH sahaja mereka sekeluarga menjamu selera. Zayyan mengambil keputusan untuk naik ke tingkat atas.

"Zayyan turun bawah sekejap, papa ada benda nak bincang dengan kamu" tegur Tuan Razif. Serentak itu Zayyan terkejut akan suara bapa mentuanya. Mesra betul hari ni.

"Ye pa? " Zayyan mengikut sahaja arahan bapa mentuanya itu. Kalau tak nanti dah dipanggil kurang sopan. Tuan Razif memberi isyarat suapaya duduk di sofa, Zayyan hanya turuti lagi.

"Papa.. "

"Papa nak minta maaf apa yang papa dah buat dekat kamu Zayyan, maafkan papa.." kedengaran sahaja permohonon maaf dari Tuan Razif, Zayyan mengangguk kepala.

"Rasanya papa bukan minta maaf dekat saya kot, yang papa perlu minta maaf dekat Adelia sendiri" selepas Zayyan mengatakan hal itu, dia terus pergi ke tingkat atas.

"Zayyan dah solat ke? " soal Tuan Razif apabila Zayyan sudah menjejak kaki diatas tangga.

"Dah pa.."

Tuan Razif yang mendengarnya terus melemparkan melihat kedapur. Dimana ada isteri dan anaknya sedang sakan borak mesra. Terlihat lakaran senyuman dari bibir isterinya, muncul kembali ingatan sewaktu percakapan Puan Arina dengan dia.

Flashback*

"Macam mana? Doktor cakap apa? " Tuan Razif memimpin tangan isterinya ketika ingin melabuhkan punggung.

"Saya sakit sikit je" wajah Puan Arina begitu pucat, apabila dilihat oleh Tuan Razif.

"Ini yang awak kata sikit? Rina, cakap dengan saya semuanya boleh? Jangan pendam" sayu kedengaran suara Tuan Razif.

"Saya nak abang.. Minta maaf dengan Adelia, boleh?" permintaan yang dikeluarkan dari isterinya.

Lidah kelu.

"Apa maksud awak Rina? "

"Saya nampak segalanya, semuanya sekali saya tahu!? Abang gunakan anak saya, hanya untuk duit? Jadi yang abang  tanggung kita sekeluarga ni, duit yang awak dapat dari tu? " sekali lagi. Tuan Razif masih lagi kaku. Macam mana isterinya boleh tahu.

"Macam mana awak tahu? " soal Tuan Razif, inginkan kepastian sekali lagi.

"Abang tu yang takde otak!? Buat anak sendiri macam tu, jiran bagitahu saya yang awak sendiri buat"

"Fikir sikit abang! Jiran semua dok mengata keluarga kita, abang je yang tak tahu! Selama ni.. Saya pendam, abang ada kisah? Takde kan"

"Satu je permintaan saya, Saya nak abang minta maaf dengan Adelia, selagi saya masih hidup, saya nak abang minta maaf dekat dia"tanpa sempat Puan Arina menghabiskan ayat. Namanya sudah dipanggil ke kaunter untuk mengambil ubat.

Tuan Razif masih lagi kaku. Tidak percaya ayat yang dikeluarkan oleh isterinya sebentar tadi. Sudah 2 tahun berlalu, baru hari ni Puan Arina luahkan segalanya.

**✿❀ ❀✿**

Setelah memasuki kedalam bilik, telefon terlebih dahulu dicapai.

Nombor Aiden ditekan.

"Asal bro?"

"Kumpulkan anak buah kita besok!" tegas suara Zayyan mengarahkan.

"Weh aku baru je nak baring dengan ister-"

"I said now Aiden!"suara Zayyan mengeras. Manakala suara Aiden dihujung talian, mengeluh sesaat.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now