MOTOR kawasaki sudah parkir ditempat yang sudah disediakan. Enjin motor dimatikan, sejurus itu Zayyan memasuki ke Empire Tosca.
Punat butang lif ditekan. Apabila pintu sudah dibuka kaki melangkah masuk. Kini baru dia perasan helmet yang dipakai tadi lupa hendak dibuka. Nak cepat punya pasal macam ini lah jadinya.
Sampai ditingkat tertinggi Empire Tosca. Dia mula menuju kearah bilik. Maklumlah sudah lama tak datang melawat disini, selalunya dekat Empire Tosca lagi satu.
Pintu bilik yang tertera nama 'Zayyan's ' dibuka. Kelihatan dua kelibat kawan baiknya. Memang dia sudah berbincang untuk berjumpa disini, jadi tiada istilah kesalahfahaman.
"Kau dah buat apa yang aku suruh Ryan? " soal Zayyan. Bukan nak tanya khabar ke apa, tapi terus pergi ke bilik senjata.
"Dah, dan dimaklumkan dia ada bangunan lama yang ada dekat pelabuhan.." Zayyan mengukir senyuman sinis. Setakat nak cari kau Aysar, lubang cacing pun boleh jumpa.
Apatah lagi kau?
"Dah kumpul anak buah kita semua?" serius Zayyan bertanya soalan kepada Aiden pula. Kini tiada lagi gurauan senda yang terlakar di wajah tampan lelaki itu.
"Dah, diorang dah siap semua senjata untuk kita bawa ke sana nanti"jawab Aiden. Ye, anak buahnya semua sedang menyiapkan segala peralatan.
Senjata Rifle M15 menjadi pilihan Zayyan. Lalu dia menuju kearah Aiden dan Aryan. Kelihatan Aryan masih lagi mencari maklumat tentang kumpulan Kingston.
Kingston yang ditubuhkan oleh Aysar sendiri, sewaktu Zayyan mengambil alih terhadap Tosca. Dendamnya semakin membuak apabila melihat Adelia dan Zayyan yang sudah mendirikan rumah tangga. Manakala dulu seorang gadis Adelia Raisya itu bekas kekasih dia.
"Suruh diorang bersedia" arah Zayyan. 'Diorang' yang dimaksudkan ialah anak buahnya.
Tanpa menunggu lama Aiden keluar dari bilik dengan pakaian yang lengkap dengan senjata dikelilingi badan. "Kau Ryan, nak ikut tak? "
Aryan memandang kearah Zayyan. Dia bukannya selalu turun padang sangat. Lagipun dia tukang cari maklumat.
"Kalau kau ikut, apa je barang yang kau nak aq belikan" ugut Zayyan. Wah, memang nak Aryan turun padang sekali ke apa. Tak boleh dengar pasal belanja, Aryan menganggukkan kepala laju.
"Siapkan senjata kau" Zayyan tersengih.
**✿❀ ❀✿**
Tom, Jerry dan Oggy sudah siap masuk didalam kereta manakala yang lain didalam van khas untuk Tosca.
Mereka bertiga je yang selalu dengar arahan ketua masing-masing.
"Tom, kau gerak dulu. Aku, Aiden dengan Aryan ada Kat belakang" arah Zayyan kepada Tom.
Tom hanya turut perintah ketuanya. Tiada membantah.
"Jerry, kau kalau dah sampai sana Check dulu kawasan tu" kini giliran Aiden pula memberi arahan dan seperti biasa dia hanya menurut.
Manakala Aryan..
"Oggy, nanti kalau dah habis nanti kita lepak jo-" belum sempat Aryan ingin menghabiskan kata-kata. Kepalanya sudah menjadi tempat menyimpang tangan.
"Ambik kau, memang dari dulu otak Kat lutut ke apa kau ni? Kita tengah serius ni" amarah Aiden kepada Aryan. Aryan menjeling kawannya sambil mengusap kepala yang seakan ingin membenjol. Tangan pakai besi ke apa?
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
RomanceLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...