~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 40~

329 21 2
                                    

KELIHATAN Zayyan menunggunya dipersisiran pantai. Berlari anak dia membawa makanan yang dibeli di kedai tadi.

"Ey, hati-hati lah nanti jatuh. Siapa yang susah? Saya jugak yang susah nak mengangkat awak 80kg ni." mendengar 80 kg Adelia menarik muka di tempat lain. Gemuk sangat ke aku ni!

"Mula lah tu cemberut." Zayyan melihat wajah isterinya sudah memuncungkan mulut. Makanan yang dipegang sempat lagi disuap kepada diri sendiri. Terhibur dengan kelakuan isterinya itu.

"Aip! Bagilah abang sikit, perut abang ni dah berdangdut."sempat lagi si Zayyan mengusap perutnya seakan lapar. Nak attention isteri lah tu.

"Tak nak. Biarlah berdangdut! Tak mati lagi pun kan."hanya itu sahaja jawapan yang diberi oleh isterinya. Nak bagi ayat manis ke macam ni?

"Betapa manisnya aku melihat senyumanmu sampai hatiku berdegup begitu kencang." mula dah si Zayyan ni. Kalau bab mencairkan hati bini kalah matahari.

"Tak Sweet langsung!" lagak Adelia. Cuba tahan reaksi wajah yang ingin tersenyum sumbing.

"Pls Pino nanti kalau sayang nak apa-apa abang belanja." dengar sahaja perkataan 'belanja'. Senyuman sudah terukir dibibir. Ouh maksudnya ayat manis tadi tak berkesanlah ye?

Kemudian keropok lekor dikeluarkan lalu diberikan kepada Zayyan. Zayyan menjongketkan kening. Satu ni je. Tak nak bagi pun, diberi jugak makanan tu.

"Ambiklah kata tadi nak sangat!"

"Alololo gurau sikit takkan nak merajuk, sian Pino abang ni, meh sini abang peluk." Zayyan mendepakan tangan bagi peluang untuk Adelia memeluk dia. Tapi isterinya yang comel molek terus menjauh.

"Kalau Camtu abang merajuk sekali lah! Humph. "tangan disilangkan lalu dibawa ke dada. Tanda protes. Kini giliran Zayyan pula menjauh.

Adelia melihat suaminya. Dia pun terhibur akan kelakuan Zayyan yang meniru aksinya. Dia bergurau je tadi.

Adelia mula mendekati Zayyan. Kelihatan suaminya semakin jauh apabila dia mula melangkah dekat.

"Abang! Kenapa jauh sangat!" jerit kecil Adelia. Zayyan mula memberikan senyuman manis terhadap isterinya.

"Kenapa abang!" suara Adelia ternaik satu oktaf.

"Abang nak pergi mana!" Langkah mula membuka laju menuju ke arah suami. Tapi apakan daya, apabila dia semakin laju Zayyan semakin menjauh.

"Bangun sayang, awak tertidur ni." lembut suara garau suami menerpa kegegendang telinga.

"Hah! " kelopak mata lantas dibuka. Apabila telapak tangan menyentuh wajah terasa seperti ada cecair yang jernih. Dia menangis rupanya.

"Abang.. " sudah sebulan suaminya tidak sedarkan diri sejak kejadian yang berlalu. Sewaktu Zayyan tidak sedarkan diri itu jugalah, Adelia mengalami pelbagai jenis mainan tidur bersama Zayyan.

"Adel, kamu dah bangun." Puan Arina memasuki ke bilik anaknya sambil membawa dulang yang berisi bubur dan air suam.

"Adel makan ye, kalau ada apa-apa bagitahu Mama." setelah dulang tadi diletakkan di atas meja kecil. Puan Arina mula beredar. Wajah anak perempuannya itu pun sudah mulai susut.

"Abang.. "Sekali lagi dia menyebut nama suaminya.

**✿❀ ❀✿**

"Abang, saya datang ni sambil bawa bunga tau."Adelia mula mendekati suaminya yang terlantar di katil dengan membawa sejambak bunga.

HACHUM!!

"Walaupun saya ada alahan.." hidung yang mula memerah digosok perlahan.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now