Perjalanan ke tempat penginapan Zayyan tidak jauh dari maze, yelah dia pergi ke rumah usang tadi tu pun pakai maze jugak. Jalan yang dilalui oleh Zayyan gelap gelita hari makin lama makin gelap. Sampai sahaja ditempat penginapan mereka Zayyan keluar dari badan kereta perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi tapak kaki yang akan mengejutkan isterinya. Kalau dapat tahu ni habis aku kena tidur luar haraplah tak jadi peristiwa ni.
Daun pintu dibuka..
"Suami mana balik memalam buta ni baik takyah balik" sergah Adelia bercekak pinggang di muka pintu sambil menunggu kepulangan suami tercinta.Tercinta lah sangat.
"Suami Adelia lah...tadikan hujan tak dengar ke?"Zayyan memberi alasan yang membuatkan Adelia langsung tidak percaya akannya walaupun membuat muka comel.
"Sejak bila datangnya hujan! kau jangan nak memandai-mandai ye tadi sedap aku tengok k-drama takde bunyi hujan pun"Zayyan menggaru kepala tidak gatal.Naik darah tinggi Adelia kalau macam ni perangai suaminya tiap-tiap hari.
"Adalah hujan awak je tak perasaan-"Zayyan kehilangan kata-kata setelah melihat adelia memberikannya bantal untuk tidur diluar. Kenyataan yang tidak diingini oleh Zayyan terjadi dalam peristiwanya. Pasal Aryan dengan Aiden lah Zayyan kena tidur dekat luar. Tunggu lah dorang tu aku kerjakan cukup-cukup.
"Buat apa bantal ni?"soalan yang sudah tahu ditanya lagi.
"Yang ni untuk pukul nyamuk kalau dia serang awak nanti buatlah perlindungan ke apa ye-"
"Awak tak kesian ke dekat saya ni balik kerja je kena jadi bibik dekat ruma-"
"Jadi bibik apakebenda nya kita baru hari ni nikah belum setahun!!"
"Hukumannya awak kena-"
cup*
Pipi Adelia kini membahang teruk atas kelakuan gelojoh Zayyan kerana mencium pipinya."Hukuman dibatalkan boleh saya masuk?" Suara garau Zayyan kini berubah sopan. Ini cara cara nak memikat isteri.
Dengan selambanya Zayyan menjejakkan kakinya kedalam rumah seperti tiada apa apa yang berlaku. Adelia kini kaku di muka pintu, tiada reaksi, tiada tindak balas hanya kaku sahaja disitu. "Awak tak nak masuk ke sampai bila nak duduk situ?"tidak lama kemudian Zayyan menyergah dan disitulah Adelia seakan akan terhempas dari bangunan tinggi.
"Marah saya ni tak hilang lagi tahu pergi masuk tidur besok kita pergi rumah mama"
"Rumah mama?Tak payah lah kita duduk rumah kita lagipun mama kata tak payah datang katanya nak kemas apa benda entah nanti lah ye kita datang"Adelia bingung akan ayat yang suaminya baru katakan tadi. Rumah kita?
"Sejak bila kita ada rumah"Adelia menyoal kembali.
"Sejak saya bujang"
"Yelah tu dahlah saya penat nak tido-"kata kata Adelia kini hilang disitu apabila Zayyan mendukungnya secara bridal style.
"LEPASKANLAH ZAYYAN NAUFAL!!"
**✿❀ ❀✿**
waktu pagi*
"Alaaaa nak melekat dengan isteri sendiri pun tak boleh ke?"Zayyan membuat suara manjanya terhadap Adelia.ini bukan suara manja suara bapok adalah.
"Kalau awak tu dah mandi tu takpela juga ni dengan bau air liur basinya lagi lepastu bau kepam tu tak buat saya ni pening ke?"Adelia acah acah memegang kepalanya bagi Zayyan faham. Makin hari makin mengada si Zayyan ni dekat Adelia nak buang sampah dekat luar rumah pun nak ikut. Bak kata Zayyan 'nanti ada jantan lain nak dekat awak macam mana tak ke saya ni jadi duda nanti semata mata untuk jantan tu je'.
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
RomanceLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...