~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 35~

441 11 5
                                    

ADELIA yang baru sahaja selesai mengemas bilik kini dia turun ke tingkat bawah, untuk mencari kelibat si suaminya.

Aik takde pun? Mana pergi.

"Abang? "

"Abang.. "

"ABANG!! " kali ketiga Adelia memanggil suaminya. Masih lagi tidak menjawab. Puan Arina yang mendengar Adelia memanggil seseorang terus menjawab dari arah dapur.

"Cari Zayyan ke anak mama ni? " suara Puan Arina kedengaran. Adelia langsung mengangguk perlahan.

"Mama tahu tak mana dia pergi? " jarang betul suaminya ini, selalu nya kalau hendak kemana mesti beritahu Adelia dahulu. Tapi ini tidak.

Puan Arina hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu.

"Arfan mana suami akak?" Soal Adelia kebingungan mencari kelibat suaminya di merata tempat.

"Suami kau bukan suami aku, asal tanya aku pulak. Nanti balik lah tu" selamba Arfan menjawab. Kepalanya kini sedang serabut memikirkan hal negatif yang membuatkan dirinya berada didunia fantasi.

"Aku tanya betul betul lah anak pungut! Cepatlah jawab" kita tanya lain dia tanya lain. Geram sungguh.

"Haih.. Dia ada hal sekejap, mana aku tahu dia pergi mana"

Riak wajah Adelia bertukar sedikit terkejut. Takkan waktu macam ni ada hal kot?

"Nanti dia baliklah, kau tunggu je" Adelia kini berang, nak saje dia tumbuk wajah si suami biar lunyai sekalipun. Selalu sangat menghilangkan diri tanpa pengetahuan Adelia.

Adelia kini mengambil keputusan ingin membawa dirinya keatas. Terasa badannya kini penat akan harini, banyak sangat kerja yang dibuat masa majlis tadi.

Adelia menghempaskan tubuhnya kekatil, selendang yang masih dikepala tidak sempat untuk membukanya. Mata memandang ke seluruh penjuru di biliknya, banyak sangat kenangan didalam bilik ni sewaktu dia masih kecil.

Sambil dia memandang ke siling. Baru dia teringat sesuatu. OH MY GIGI.

"Mana beg yg aku suruh Zayyan angkat tadi? Patutlah ada yang kurang" monolog Adelia. Dia mencapai telefon yang diletakkan disisi. Nombor suaminya ditekan.

Husbu Adelia!

"Awak mana beg yang saya suruh angkat tadi?"

Telefon dimatikan apabila terdengar suara seseorang di aras bawah. Sape pulak yang datang waktu aku penat penat ni!

Kaki mula menuruni dari katil lalu menuju ke ruang tamu. Terlihat susuk tubuh lelaki sedang berbual dengan adiknya. Apa yang pelik sekarang ni...

"Eh Adel dah turun, tolong mama buatkan air boleh" arah puan Arina yang baru bangun dari sofa sambil menuju ke arah dapur.

Adelia tanpa basa basi dia mengikut sahaja langkah Puan Arina. Sempat juga dia melihat siapa gerangan tetamu dari mana tiba tiba sesat ke sini. Betul rupanya tekaan Adelia.

Ariel.

"Apa yang mamat ni buat dekat sini"

Air yang sudah siap telah pun dihidang atas meja. Paling menyempatnya apabila si Adelia sudah siap siap masukkan secubit garam ke cawan yang akan digunakan oleh Ariel. Harap nye dia ambik cawan yang aku dah letakkan garam, kalau tak aku sumpah tujuh keturunan kau cirit birit.

Yes kena sasaran. Ariel mengambil cawan itu. Air panas yang dibuatkan oleh Adelia dituangnya. Aroma kopi panas dihidunya. Hidu lagi hidu.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now