~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏23~

863 26 8
                                    

"Buat malu je haritu!"cebik Adelia dengan memuncungkan bibirnya.

"Malu kenapa pulak dah ni" Yeen yang baru sahaja keluar dari dapur dengan membawa makanan kegemarannya terus bertanya manakala Keyla yang sibuk dengan telefon pintar sambil mengukir senyuman manis. Dah pahal minah sorang ni.

"Pagi semalam aku kan pergi cafe sebab nak sarapanlah lepastu aku macam ada dengar suara perempuan sengkek tu siap cakap I, YOU lagi!"desis Adelia.

"Sape sengkek?"soal Yeen, Keyla yang tadinya bermain dengan telefon pintar langsung diketepikan. Kalau bab bergosip laju je Keyla ni cuba pasal jodoh bermain dengan jari lah nampaknya.

"S-A-F-A-N-A lah betina aku cakap tu" perkataan nama Safana Adelia sebut satu persatu.

"Ouh ok lepastu apa jadi"ada yang kena makan penumbuk cita rasa kejap lagi ni.

"Lepastu aku sergah lah apa lagi!"Keyla yang menadah telinga tadi menutup kembali akibat suara Adelia yang semakin tinggi. Cakap tu slow slow lah sikit ni macam ayam kecoh satu kampung lepas bertelur.

"Hey kau sabar lah sikit tinggal lagi beberapa hari jelah lagi kau nak kahwin jangan buat perangai SENGKEK kau tu pulak" perkataan sengkek diulangi Yeen, puas hati dia apabila perkataan sengkek Adelia tadi diulangi.

"Fine urghh!?"Adelia terus melangkah ke biliknya untuk mengemas baju balik ke rumah tercinta. Tarikh majlis kahwin dah nak dekat tapi takpe semua dah setel secepat mungkin oleh bakal suami sendiri.

**✿❀ ❀✿**

"Cepat betul eh kau setelkan barang majlis kan? Macam mana boleh secepat itu cuba bagi tips! " rayu Aryan dengan matanya yang bersinar.

"Jawapannya adalah..."

"Rahsia" jawapan yang ringkas, padat dan mudah Zayyan bagi dekat Aryan.

"Bagi jelah tahu-" perbualan Aryan tamat disitu apabila Aiden memberi jawapannya.

"Aku yang tolong dengan Yeen pasal baju tu je, kalau hantaran tu Zayyan buat"Aryan mengaggukkan kepala tanda faham. Ohh macamtu habistu kenapa diorang tak nak minta pertolongan aku.

"Kenapa tak minta tolong aku sekali? " soalan Aryan yang polos membuatkan dua jejaka dihadapnnya menahan gelak.

"Kau kalau pilih baju kahwin, bukan baju kahwin kau pilih silap silap baju kelawar kau pilihkan"pecah gelak tawa Zayyan senak perutnya akibat ketawa berlebihan manakala Aiden masih lagi keadaan cool.

"Heh! Hello, excusee me you jangan ingat I tak tahu pilih baju kahwin dulu I ni professional tau"

"Gelilah aku dengan korang ni perangai macam rokiah dengan jamal, baik aku tidur sleepcall dengan Yeen daripada korang..haish"Aiden terus berlalu pergi ke bilik tidurnya kini tinggal Zayyan dan Aryan yang masih lagi di ruang tamu menonton televisyen seperti tiada apa apa yang berlaku sebentar tadi.

"Rawr! Sekarang ni Zayyan tinggal kita dua orang je tahu? "Aryan membuat wajah sexy.

"Kau ni asal bodo aku dah nak jadi suami orang tahu jangan nak kotorkan aku haram"Zayyan melihat Aryan semakin mendekatinya manakala Zayyan mengundur sedikit kebelakang.

"Why abang Zayyan ni kita nak peluk je-"

"Peluk peluk aku bagi penyepak Keyla kau baru tahu kesakitan dia nanti, biar takleh guna dah"

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now