~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏41~

272 18 2
                                    

BALIK sahaja dari hospital. Adelia terus melenyapkan dirinya didalam bilik. Puan Arina yang melihat kelakuan anaknya turut berduka. Tidak pernah dia melihat anaknya begitu sedih begini.

Selesai sahaja membersihkan diri. Adelia melabuhkan punggung di birai katil. Kedua tangannya dilihat.

Ya penyakitnya datang kembali. Kemudian, dia berlalu ke tempat penyimpanan baju. Almari baju dibuka, salah satu pakaian milik suaminya diambil lalu dia bawa ke pelukan.

Terasa hangat mula menyelubungi diri. Katil tempat yang ingin dia tuju kembali. Baju yang dibawa ke dada sebentar tadi membuatkan dia nyaman bak sutera.

"Abang.. " nama suaminya diseru sebelum kelopak mata mula menutup rapat.

**✿❀ ❀✿**

"Kau dah jumpa siapa pelaku dia?" ujar Aiden seraya duduk dikerusi yang empuk bersebalahan dengan Aryan.

"Aku rasa, aku dah jumpa.. " jawab Aryan perlahan. Komputer riba mula diserahkan kepada Aiden. Komputer bertukar tangan.

Riak wajah Aiden terkejut akan maklumat yang diberikan oleh Aryan. Senyuman sinis ditarik.

Maklumat*

Nama:Aryan Rasa bin Mohd Razif
Umur:19 tahun
Anak ke:2
Data didalam telefon:
- disyaki sedang diugut oleh kumpulan Kingston.
-tikam belakang.

"Tak sangka rupanya, dia musuh disebalik selimut." Komputer riba itu dikembalikan kepada Aryan semula. Patutlah masa Zayyan dalam kemalangan dia yang paling takut seperti ada hal yang mencurigakan di sebaliknya.

Sungguh tragis situasi ini.

"Jadi kita nak buat apa?" soal Aryan. Komputer tadi diberikan oleh pembantunya. Oggy.

"Komputer ni sebagai bahan bukti. Tiada siapa boleh sentuh."arah Aryan dengan tegas. Oggy hanya menganggukkan kepala.

"Aku ulang balik soalan tadi, kita nak buat apa?" Aryan mengulangi lagi soalan yang diajukan sebentar tadi.

"Perangkap lepas Zayyan dah sedar."

"Idea yang bernas sekali, tak terfikir pulak aku bodoh ni."

"Kau memang bodoh pun." Aryan naik angin. Dia seorang je yang boleh kata 'bodoh', orang lain tak boleh.

"Masalah kau?! Nak cari gaduh sakap meh sakap sini!" Aiden meluat dengan perangai si Aryan ni. Kalau boleh nak je luku dengan kayu balak.

"Eja cakap pun tak betul? Ada hati nak cari gaduh, pergi main sama kucing sana lah." disitulah perang yang ke-1000 bermula.

Aiden mula mengacukan pisau kearah Aryan dan si Aryan pula menjauhinya.

"MAK TOLONG!"

**✿❀ ❀✿**

"Kau dah tak join masuk balik ke-"

"Aku dah berhenti." pantas Yeen memotong percakapan Keyla. Baru saje nak tanya geng mafianya tu.

"Asal berhenti?"Keyla membawa secawan kopi kearah Yeen.


"Aiden suruh? Aku ikut jelah, lagi pun susah nanti" Keyla mengangguk tanda faham.

"Weh, aku rasa kesian dekat kawan kita tu." Keyla menukar perbualan. Air yang dibuat sebentar tadi diberikan oleh Yeen.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now