MEREKA semua meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Kini hanya tinggal Zayyan dan Adelia sahaja diruangan yang akan mulai sepi?
Penat jugak si Aryan tadi melayan perangai Zayyan. Begini rupanya suaminya sewaktu kecil. Memang mudah terhibur betul Zayyan sewaktu kecil dahulu.
"Awak nak makan apa-apa tak?" soal Adelia basa-basi. Walhal, baru sahaja sebentar tadi menjamu selera.
Zayyan hanya menggeleng kepala. Cerita 'didi and friends' masih lagi ditonton. Kadang-kadang sedih, ketawa macam-macam reaksi yang keluar dari wajahnya.
"Betul ni tak nak?" soal Adelia lagi. Zayyan hanya menggeleng. Mata masih lagi menghadap televisyen.
"Betul ni tak nak makan?" soal Adelia lagi. Suka akan mengusik Zayyan yang ini. Zayyan hanya memberikan gelengan kepala.
"Betul ke tak nak makan? Nanti lapar kebulur mati." sengaja Adelia mengusik lagi. Selagi tak marah orangnya selagi itu dia mengusik.
Kini Zayyan melihat Adelia. Rancangan didi and friends tadi dibiarkan seketika. Kening terjongket sedikit. Berang akan manusia ini tidak habis-habis menyoalnya.
"Dont disturb me? "nada Zayyan berubah 360 darjah. Dia menuruni katil dan menuju ke arah Adelia yang duduk berhampiran.
"Huh?" pelik reaksi Adelia. Kedua pergelangan tangan Zayyan mengunci Adelia untuk keluar. Kini tiada jalan keluar yang dia ingin menuju. Wajahnya didekatkan kearah Adelia. Wajah yang berseri itu penuh dia menatap. Bagaikan ada satu memori yang muncul didalam kepalanya.
Dia sudah berkahwin?
"Abang.. " terpacul nama 'abang' yang meniti dibibir Adelia. Seketika kemudian Zayyan tersedar akan kelakuannya terus berpaling kearah yang lain.
Kepala yang berdenyut mula dipegang tangan kanan. Manakala tangan kiri mencapai target untuk mengimbang badan dari terjatuh. Adelia yang baru sahaja menyedari segera memegang bahu suaminya dari terjatuh.
Perlahan-lahan badannya yang kecil membawa tubuh sasa suaminya ke katil dan baringkan secara berhati-hati. Selesai sahaja membaringkan Zayyan dia terus menanyakan lagi keadaan suaminya.
"Abang.. Okay tak ni?" prihatin Adelia soal.
Zayyan memandang Adelia dengan mata yang berpinar-pinar. Otaknya seperti mahu meletus kalau dijadikan gunung berapi sekalipun. Kuat ia menggenggam kepala yang dibaluti sehingga Adelia yang perasan akan hal itu, perlahan dia menjauhkan tangan suaminya dari mencengkam erat di kepala.
"S-sakit sangat."
"Macam dah nak meletup." sebak Adelia mendengar ayat yang meniti dari bibir Zayyan.
"Tahan sikit ye.. Nanti redha lah ni." Zayyan menggeleng perlahan. Wajah Adelia ditatap sebelum dunianya menjadi gelap. Terkejut akan hal itu Adelia terus keluar dari bilik untuk mendapatkan doktor dengan segera.
Perasaan serba salah mula menyelubungi dirinya. Daripada kegurauan terus jadi seperti ini.
Sampai bila dia boleh hadap semua ni seorang diri. Mampukah dia mengubah takdir seperti sedia dahulu?
**✿❀ ❀✿**
"Lama lagi ke kita ni nak bertindak Aiden?" mundar-mandir Aryan. Sampai Aiden pun pening akan sikap kawannya yang ini.
"Kau diam boleh tak?! Dari tadi kehulur-kehilir, kau ingat aku tak pening asyik nak tengok kau je berjalan depan aku ni!" Aiden terpaksa meninggalkan isterinya seketika apabila melihat Aryan sudah menariknya menjauh dari isteri sendiri.
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
Roman d'amourLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...