AYSAR kini melihat gadis didepan matanya itu. "Kau tahu tak yang kau dah buat silap besar?!"Amarah Aysar dengan penuh rasa geram yang dialaminya sekarang ini.
"Sorilah"
"WHAT'S MEAN YOU SORRY SORRY?! NOW YOU WANT TO SORRY ME?! NO! WHY?! BECAUSE THIS TIME BANANA ALREADY FRUIT TWO TIME!" marah pun takkan lah pakai bahasa Inggeris. Adui lah si Aysar ni.
"Eh dia ni betul ke tidak? yang nak speaking Bahasa inggris ni asal"monolog gadis itu didalam hati. Gadis itu memandang tepat wajah ke arah Aysar. Rasa nak je simbah dengan minyak panas baru mantul.
"Asal pandang aku macam tu?! tak puas hati? Kau dah buat silap 2 kali tau" amarah Aysar lagi.
"Bukan macam tu saya nak pesan, jangan marah nanti cepat tua" gurau gadis itu. Tapi dia tahu dengan pesanannya itu mungkin dia akan dihalau keluar sekejap lagi.
"Lawak bodoh apa yang kau cuba nak sampaikan dekat aku ni? Kau ikut apa yang aku suruh, kau bebas!" setelah gadis itu mendengar perkataan itu muncul satu idea dibenak otak.
"Heh dia yang buat lawak bodoh! Kita pulak yang kena"monolog gadis itu.
"Kalau macamtu aku nak semua harta yang ada nama kau!" Kalau tak maklumat organisasi Kingston ni aku rungkaikan satu persatu!? Aku sangguplah mati lepas aku bongkar maklumat organisasi ni" ugut gadis itu secara kasar. Dia kini tersenyum sinis. Kau tunggulah perempuan akan ku habiskan kau cukup cukup.
"Okey deal, akan aku tunaikan permintaan kau tapi kau kena buat kerja bersih! Takde satu habuk pun diorang tahu tentang organisasi yang aku buat ni"
"Aku dah tubuhkan organisasi dah lama kau tahu? Kalau kau bongkarkan jugak aku pastikan hidup kau penuh dengan kesengsaraan" bergetar getar badan gadis itu mendengar perkara yang dikatakan oleh Aysar namun ditahan bagi menampakkan dia mampu melawan.
"Kau ingat aku heran? Aku sanggup mati awal daripada mati ditangan kau Aysar! Organisasi? Ada aku kisah? Harta kau tu boleh pakai dekat dunia lah! Bukan boleh bawa sampai mati" gadis itu dengan selamba melawan menengking Aysar. Nampaknya dia memang dah betul cabar aku Ye.
"Aku pun tertanya-tanya jugak asal erk? Baru nak berani melawan cakap aku harini? Baru ada kekuatan kau untuk cakap macamtu? Kau sedar diri sikit pangkat aku dengan kau tak sama! Ke sebab kau dah.. " Aysar mati kata-kata. Dia hanya tersenyum sinis.
Kelihatan riak wajah gadis itu cuak. Tapi dia masih lagi mempertahankan. Nak takut apa?
"Pangkat? PFFT! lawak gila kau ni" sementara gadis itu ketawa terbahak-bahak. Seketika melihat Aysar mengacukan pistol kearah tepat dia dahi gadis itu, ketawa tadi telah menyembunyikan. Ketawa dalam hati ke tu?
"Aysar, calm down.. Tarik nafas jangan hembus membazir. Pembaziran itu amalan syaiton"minah ni kenapa? Aysar melihat gadis itu seperti orang gila yang baru keluar dari alam fantasi.
"Kau ni dah kenapa? Baru balik dari hospital bahagia ke? Macam orang tak betul je kau ni! Keluar! " Aysar menghalau gadis itu keluar dari biliknya. Tapi si gadis itu enggan keluar.
"AHHAHAHAHHA LAWAK GILA KAU NI BOLEH MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA" gadis itu ketawa semula.
"Kau ni asal? Tadi elok je aku tengok sekarang ni dah macam orang gila
Gadis itu pula diiringi dua orang anak buah Aysar yang akan menghantarkannya sampai keluar. Setelah berada dari luar gadis itu kembali normal. "Fuh nasib jadi lakonan aku tadi kalau tak dah berlubang dahi aku sekarang" omel gadis itu didalam hati.
Lalu dia beredar dari situ secepat mungkin.
"Memang tak lah aku nak datang sini lagi yang paling penting Zayyan akan jadi M. I. L. I. K aku"gadis itu tersenyum sinis sambil berjalan kearah keretanya.
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
RomanceLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...