~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏10~

1K 26 1
                                    

"Sekarang ni bilik kamu, kalau ada apa-apa panggil je Aunty, Aunty ada" sungguh baik mak kepada Zayyan ni. Cantik pun cantik. Umur masih meningkat pun terlihat ayu lagi.

"Aunty turun dulu ye"

"Baik"

Puan Salmah keluar dari bilik itu. Dalam diri masih ada lagi ada ketakutan yang perlu ditangani.

Tok.. Tok.. Tok

Pintu bilik diketuk 3 kali. Aik bukan Puan Salmah sudah keluar ke. Perlahan-lahan Adelia membuka pintu bersama selimut yang dipakai sejak tadi.

Pap!

"Aduh sakitnye dahi aku!" sambil kelopak mata Adelia tertutup beberapa saat lalu membuka.Tubuh tegap Zayyan berada didepan aku.Tak lain tak bukan mesti dia tadi ketuk beberapa kali.Satu das jelingan arahkan kepadanya. Duduk depan pintu depan sangat kan dah kena.

Zayyan terkedu lalu menelan air liur nye boleh nampak daripada sini halkum nye bergerak.

"Kau nak apa Naufal..!!"suaraku sedikit tinggi kepadanya.

"Mak aku suruh kau turun bawah makan"seru Zayyan dengan suara yang bernada lembut.

"Hmm yelah kau turun dulu?"

Zayyan hanya menganggukkan kepala dan dia beredar dari situ.Daun pintu aku tutup dengan perlahan kalau terhempas habis roboh rumah jiran ni tak pasal-pasal kena halau naya Adelia ni.

Aku melabuhkan punggung di birai katil."macam manalah masa depan aku nanti...siapa yang nak jaga aku?"bisikku dalam hati.Belum sempat aku ingin menuju ke bilik air pintu diketuk lagi dan lagi.

Arghhhh stress!!

Tok tok tok!

"Raisya bukak pintu ni"ujar suara garau disebalik daun pintu kakiku cepat-cepat membuka daun pintu.Harapnye tak kena ketuk dekat dahi lagi.

Daun pintu aku bukak dan menjenguk keluar.Kelihatan Zayyan memberi ku tudung sarung berwarna hitam sambil riak wajahnya senyum senget.

"Nah ni tudung bukan tudung salji"sambil tangannya memberiku tudung itu.Lambat-lambat aku mencapai tudung daripada Zayyan.

Aku hanya memberinya senyum manis.Tak larat dah nak berkata lagi mulut ada emas.
Zayyan pula membalasku dengan senyuman seksinya kepadaku."Eh pahal dia ni buang tabiat ke"omelku dalam hati.

"Take care my universe"ujarnya lalu dia beredar dan berlari anak menuju ke bawah.

Wajahku bertukar merah padam.seriesly Adel dia panggil aku universe ke tapi pahal nak take care.Dalam rumah pun nak ber take care ke dekat aku.Daun pintu ditutup kembali.

Selimut yang aku tutup di kepalaku digantikan dengan tudung sarung yang diberikan oleh Zayyan tadi.Selimut Zayyan aku lipat dengan rapi dan kemas sebelum diberikan kepada Tuan badan.

Daun pintu aku buka luas sekali.Tubuhku berganjak keluar daripada bilik itu.Anak tangga yang berdekatan aku membuatnya tempat aku turun di tingkat bawah.

Terlihat beberapa figura perempuan dan lelaki berada di meja makan.Jangtungku berdetak laju dan laju 'dup dap dup dap'.Takut berhadapan dengan mak ayah Zayyan.Aku kuatkan semangat menuju ke meja makan sambil tanganku memegang selimut Zayyan.

Namun nama pertama yang aku sebut adalah Zayyan."N-Naufal nah selimut yang kau pinjamkan dekat aku tadi"ujarku dengan suara yang sedikit gagap tapi yang memandang bukan Zayyan sesorang mak dan ayah dia pun sama.

"Ouh ni ke yang kamu tulis nama dia dekat fail kerja kamu tu..Adelia Raisya kan"ujar tuan Zarif ayah Zayyan.

Aku menganggukkan sahaja walaupun sedikit bingung ..fail kerja?.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now