~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 27~

909 28 2
                                    

Seorang wanita yang baru menjejakkan kakinya kedalam sebuah bilik. Aysar melihat seketika wanita didepannya. "Aku panggil kau datang sini bersebab? Kau tahu kan apa" Aysar mengeluarkan benda dari poketnya lalu mencampakkan ke arah wanita itu.

"Apa benda ni?" wanita itu membelek benda yang diberi oleh Aysar. Aysar membuat wajah menyampah.

"Kau tak payah nak tahu pun cuma tugas kau nanti bila dah tiba masanya aku nak kau letak benda ni dalam minuman Zayyan!" arah Aysar tegas. Wanita itu membuat wajah pelik. Dah tiba masanya?

"Maksud kau? mestilah aku kena tahu sah sah nanti, aku yang letak benda ni" wanita didepan Aysar masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Aysar.

"Woi perempuan!! aku cakap tu buat jelah? susah sangat ke nak ikut? bila kau dah letak benda tu pandai pandai kaulah nak uruskan si Zayyan tu, takkan benda mudah macam ni nak kena ajar?!" wanita itu tersentak dengan bahasa kasar Aysar.

"Nasib kau kawan aku, kalau tak memang aku-" ayat wanita itu mati apabila Aysar menyambung dengan pantas.

"Kau nak buat apa? report polis? mengadu dekat orang awam? bagitahulah ingat aku takut?! silap hari bulan nyawa kau yang melayang" Aysar mendekati wanita itu dan berbisik sesuatu di cuping telinganya.

"your life will end when you run away from me.. listen to me say your life will end and I'm not the person you used  to know?!" Bisik Aysar disebelah telinga wanita.

"Kau lupa ye jasa aku dekat kau?" wanita itu menolak dada bidang Aysar menjauhinya.

"Dulu je aku perlukan kau, sekarang ni kau jadi hamba suruhan aku!" Aysar memanggil anak buahnya untuk membawa wanita itu pergi.

"Lepaskan aku lah! aku tahu cara nak berjalan lagi! "

"Ingat ye..buat apa yang aq suruh" jerit Aysar kepada wanita yang semakin jauh dengannya.

**✿❀ ❀✿**

"Universe? abang dah rancang nak pergi honeymoon dekat Langkawi? nak tak?" jerkah Zayyan lalu dia menghampiri Adelia yang sedang bertungkus lumus masak makanan tengah hari. Terkejut seketika Adelia apabila Zayyan meletakkan tangannya di pinggang, lagi pula Adelia sedang memegang pisau yang tajam. Kalau terpelanting sedap ni.

"Abang ni tak boleh ke cakap tu jangan main lepas!? saya ni tengah pegang pisau kalau tertikam ni janda saya jadinya!!" Adelia mengabaikan soalan yang diberikan suaminya. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab.

"Alololo marah ke tu Pino? biar abang tolong awak" Zayyan mengambil apron lalu dipakainya tapi nak ikat tali apron tak pandai.

"Macam mana nak ikat ni..Haduhh" ngeluh Zayyan sambil tangannya memutarkan tali itu kesana-kesini. Adelia yang ingi mengambil barang masakan terbantut apabila terdengar suaminya mengeluh sendiri.

"Bagi sinilah saya tolong ikatkan, Nampak sangat tak selalu masuk dapur!?" mulut Adelia terlalu celupor sampaikan  Zayyan mengukir senyuman sinis. Tak tahu ke Zayyan Naufal ni pernah masak paling sedap dekat dunia. Apabila ikatan tali apron sudah diikiat dengan rapi oleh isteri sendiri, bersungguh-sungguh Zayyan menanyakan apa perlu dia buat.

Adelia hanya memalaukan soalan Zayyan lalu dia menuju kearah rak almari tapi malangnya tak sampai ke tahap ketinggiannya. "Perlukan pertolongan?"Zayyan menyilangkan tangannya ke dada sambil menyandarkan dirinya kedinding, senyuman senget sudah ditunjuknya. Nak cakap aku pendek lah tu?

"Saya boleh guna kerusi jangan risau, awak perlu tumbuk bawang saya dah sediakan kat situ" Adelia menunjuk ke arah lesung batu yang sudah diletakkan bawang. Berhati-hati Adelia berdiri di kerusi itu. Bergetar sungguh tubuh Adelia masa itu apabila melihat ketinggiannya selepas berdiri di atas kerusi. Tanpa dia sedari dia lupa akan mengimbang badannya. Zayyan yang memerhatikan tindakan Adelia yang hampir jatuh dari erusi cepat cepat dia menyambut.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now