"Tuanku, apa benar Tuanku sayang kan patik?''Aku pergi menghadap Yang Mulia Putera Mahkota Osman Iskandar selepas mendapat kabar tentang perjodohan kami. Ayahandaku merupakan bendahara sekaligus penasihat kewangan kerajaan timur. Dia juga merupakan sahabat dan orangkepercayaan Yang Mulia di-Pertuan Agong Sultan Iskandar. Hal itu membuat hubunganku dengan Yang Mulia Putera Mahkota Osman cukup dekat, sejak kecil aku dan Putera Mahkota sudah saling mengenal, aku juga di perbolehkan untuk menemui baginda kapan sahaja aku mahu.
"Tentu saja, saya dah lama mengenali awak Arum." Baginda tersenyum kepadaku, senyumannya yang penuh karisma itu sentiasa buat aku terpegun Baginda kacak orangnya. Tapi bukan itu sebenarnya jawaban yang aku nak dengar.
"Kalau macam itu bolehkah patik pinta satu hal dari Tuanku?"
Dia tersenyum mendengar itu, kemudian alihkan perhatiannya padaku, buku yang tadi di tangan ia letak kan di atas meja. Selama ini aku tak pernah minta apapun dari Putera Mahkota, aku harap permintaanku yang kali pertama ini dapat dia tunaikan.
"Tentu, akan saya tunaikan selagi boleh."
"Bolehkah Tuanku batalkan perjodohan kita?" Aku dah fikir masak-masak tentang hal ini.
Kulihat Yang Mulia Putera Mahkota tampak terkejut mendengar ucapanku, agaknya tak pernah terlintas dalam benaknya bahwa aku akan cakap macam ini.
Dia terdiam sejenak, dan aku tertunggu kan jawaban darinya.
"Saya tak faham dengan ucapan awak Arum, adakah awak sedang mencuba bergurau dengan saya?" Baginda terlihat kebingungan.
Aku tak hairan melihat reaksi Baginda, siapa saja yang mendengar hal ini pasti akan sama reaksinya. Lebih teruknya lagi aku akan di anggap wanita bodoh yang menolak bertunang dengan Putera Mahkota, mana kala wanita sebayaku sangat mendambakan hal ini.
Selama ini aku di juluki dengan gelaran 'Mawar Kerajaan Barat' aku tak tahu apa alasan yang munasabah untuk aku dapat julukan itu, tapi yang pastinya mungkin selepas ini julukanku akan berganti menjadi wanita gila yang sia-siakan pangeran.
"Patik tak bergurau Tuanku, patik benar-benar maksudkan ucapan patik. Patik tak sesuai dengan kehidupan di Istana, patik tak sesuai jadi pendamping Tuanku."
"Arum, tak ada orang yang lebih sesuai menjadi pendamping saya melainkan awak."
"..............""Lagipula saya tak boleh berbuat apa-apa. Perjodohan kita adalah kehendak Ayahanda, saya hanya menurut perintahnya. Dan saya rasa itu tak ada salahnya, sebab orang yang di jodohkan dengan saya adalah awak..." Kaku riak wajah Baginda, riak wajah yang sama ia tinjuk kan saat berhadapan dengan situasi yang sukar, membuatnya terpaksa berfikir keras.
"Tapi Tuanku, pa—"
"Hari sudah lewat Arum, saya akan minta dayang Istana untuk hantar awak." Baginda berpaling tadah, makna bahwa dia tak nak teruskan perbualan ini lagi.
"Baiklah, selamat malam Tuanku."
Aku tunduk kan kepala menghadap Yang Mulia Putera Mahkota sebelum keluar dari bilik bacanya. Jujur aku kecewa, aku sangat sedih, rasa seperti dadaku di hentam berkali-kali. Masih banyak hal yang aku nak cakap dengan Putera Mahkota, tapi...
Ah, dia Putera Mahkota dan aku tak boleh buat apa-apa selain menurut perintahnya.
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Historical FictionArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...