Mejelis pesta rakyat pun bermula, hari ini ialah hari pertama majelis. Raja hanya menjemput kerabat dan golongan bangsawan untuk meraikannya, kemudian hari kedua dan ketiga di adakan pesta rakyat di padang istana, dimana seluruh rakyat kerajaan timur akan di jemput dan di sambut dengan meriah.
Hubungan diplomasi antara kerajaan barat dan kerajaan timur cukup baik, sungguh sangat tak adil bila terjadi perang perebutan wilayah.
Kereta melaju menuju kediaman Cempaka, hendak menjemput si gadis jelita. Ini ialah kali pertamanya Kasyaf menjemput seorang gadis, dengan Wan soraya tunangnya sebelum ini dia tak pernah buat hal seperti ini, semuanya sudah di atur oleh nenda, dan Kasyaf hanya ikut sahaja.
Kasyaf di minta untuk menunggu di jalan belakang, sungguh merupakan perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan gadis bangsawan, Kasyaf sendiri terpaksa mengikuti permintaan gadis itu. Lagi pula akan panjang cerita bila dia bertemu dengan orang tuanya sekarang, ini bukan masa yang tempat untuk mereka bersemuka.
Kereta telah pun sampai di tempat yang telah di sepakati. Kasyaf menoleh pada rumah agam berwana putih, rumah agam yang sangat megah itu telah berdiri ratusan tahun lamanya. Keluarga Cempaka ialah bangsawan murni, dan telah lama bekerja untuk kerabat diraja. Keluarga mereka di segani di kerajaan timur. Timbul rasa geli hati dalam diri Kasyaf bila teringkatkan anak gadis keluarga Cempaka itu. Bagaimana mungkin gadis yang terlahir dari keluarga bangsawan yang di segani itu boleh berbuat macam itu.
Menarik!
Dari kejauhan terihat oleh Kasyaf seorang gadis yang sedang berlari anak mendekatinya, ada satu orang yang turut berlari bersamanya. Tanpa di sedari Kasyaf tertawa melihat tingkah gadis itu, ini kali pertama dia melihat gadis bangsawan bertingkah di luar jangkaan.
Kali pertama sepatutnya akan jadi yang tak terlupakan bukan?
Sedar akan kehadiran Kasyaf, Arum terlihat sedang memperbaiki pakaian yang dia guna. Dia menggunakan kebaya berwarna kuning, bercucuk sanggul dan berselendang hijau. Kasyaf mengira Arum pasti suka kan warna hijau, warna itu nampak cantik padanya.
Kasyaf sedar akan satu hal, Arum tak guna gaun yang dia beri, tapi dia tetap ikut warna dari gaun yang di berikan. Bagi Kasyaf gaun itu tak bermakna, yang penting ialah warnanya. Maka benarlah penilain dia, Arum mestika seorang yang pemberani, dia wanita yang cerdas meski sedikit tak tahu malu.
Kasyaf rasa tertarik, timbul rasa dalam diri untuk nak kan Arum berada di sisinya. Ketika Arum berjalan menghampirinya saat itu juga Kasyaf putuskan untuk membuat Arum sebagai pasangannya. Dia adalah wanita yang ia perlukan. Bagi Kasyaf, Adiwira perlukan pendamping wanita yang berani dan tak pedulikan orang lain.
Tersengih Kasyaf fikirkan matlamatnya selepas ini.
Sampai sahaja Arum di hadapannya, Kasyaf terus menyambutnya dengan mengecup tangan Arum, kulitnya putih, jemarinya kurus dan panjang, terasa lembut ketika di genggam. Kasyaf bukanlah lelaki bangsawan yang sentiasa kecup tangan para wanita, meski itu merupakan tradisi di kerajaan barat. Dia hanya mendekati seorang yang dia anggap penting.
Kasyaf buka pintu kereta, kemudian persilakan Arum untuk masuk terlebih dulu. Enjin kereta di hidupkan, kemudian bergerak menuju istana. Di sepanjang perjalanan, suasana antara mereka berdua terasa janggal, Kasyaf tak tahu macam mana nak pecahkan kesunyian, dia jarang bercakap maupun memula percakapan. Nasib baiklah hari ini dia pilih untuk guna kereta berpandu dari pada kereta kuda kalau tak, akan memakan waktu yang cukup lama untuk tiba di istana.
"Berapa lama awak berada di sini?" tanya Arum.
"Sehari selepas majelis." Jawab Kasyaf singkat.
"Atau mungkin seminggu selepas majelis? Atau berbulan... who knows!" ujar Kasyaf kembali sambil tersenyum senget.
"Kenapa?" tanya Arum dengan rasa ingin tahu.
Kasyaf memilih untuk tidak menjawab pertanyaan itu. Saat ini mereka telah pun sampai istana. Kasyaf keluar lebih dulu, kemudian mempersilakan Arum. Tangan di hulur pada Arum, kemudian di sambut. Mereka berdua berjalan di atas karpet merah secara berdampingan menuju aula istana.
Pelayan istana yang mengatur majelis menyadari kedatangan mereka kemudian mengabarkannya pada tetamu lain, sebelum mereka melintasi pintu masuk aula istana. "Kasyaf jauhar Adiwira utusan dari kerajaan barat dan pasangannya Cik puan Arum mestika dari keluarga cempaka tiba di istana." Ujarnya.
Mata yang menyambut kedatangan mereka tampak tak bersahabat. Kasyad sedar akan rasa tak berkenan para tetamu jemputan lainnya saat melihat kedatangan mereka.
Kaki melangkah menuju singgasana. Badan membungkuk tanda hormat pada Sultan kerajaan timur.
"Hormat saya Kasyaf Jauhar Adiwira utusan dari kerajaan barat. Semoga Yang Mulia sentiasa dalam keadaan sihat." Ujar Kasyaf
"Hormat saya Arum mestika, puuteri dari keluarga Cempaka. Doa saya semoga Yang Mulia kekal sehat dan bahagia." Ujar Mestika.
Kasyaf dapat merasakan aura tak selesa di sekitar Baginda Sultan, nampaknya dia murka atas apa yang sedang di saksikannya namun dia mencuba untuk menahan air muka di hadapan tetamu. Bila dia terlepas, maka maruah kerabat diraja akan turut jatuh juga. Memandangkan pertunangan Arum dan putera mahkota belum di rasmikan, diam ialah senjata yang paling baik untuk menang.
Sedang Putera Mahkota pula tak terlihat.
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Historical FictionArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...