Bagaimana aku nak berakawin dengan orang yang bersamaku sebab kan permintaan orang tuanya? Macam mana aku nak teruskan hidup dalam keadaan yang aku tak boleh, tempat yang tak sesuai dengan diri aku.Untuk keluarga bangsawan di kerajaan Timur hampir semuanya berkawin atas dasar politik, hasil dari pakatan orang tua dua belah keluarga, suka atau tidak, perasaan belakang kira yang amat perlu hanyalah status sosial. Dan sekarang merupakan kewaijban aku sebagai puteri keluarga Tun hassan untuk berkawin dengan lelaki pilihan keluarga, lelaki yang akan menambah baik status sosial dan kekayaan keluarga. Sebenarnya aku baik-baik sahaja dengan tujuan dari perkawinanku, tapi mengapa harus dengan Putera Mahkota?
Aku tidaklah benci kan Putera Mahkota, melain kan aku amat sayang kan dia. Aku dan dia banyak lewati masa bersama, sejak kecil hingga saat ini. Putera Mahkota baik padaku, dia juga sayang kan aku seperti mana aku sayang kan dia.
Putera Mahkotalah yang selama ini jadi pendengar aku, jadi kawan main aku. Kami banyak saling berkongsi rahasia. Perasaan aku padanya sama seperti perasaan sayang pada saudara dan tak lebih dari itu. Aku yakin Putera Mahkota juga begitu.
Sebelum keluar dari pintu Istana, aku ternampak ayahanda yang terlihat baru sahaja keluar dari bilik pertemuan para pembesar kerajaan, usai mesyurat agaknya. Nampaknya ia akan segera pulang, aku terus menghampirinya sebelum ayahanda keluar dari istana.
"Ayahanda..."
Ayahanda berhenti dari langkahnya kemudian menoleh kearah suara saat aku memanggilnya.
"Arum? Apa Ananda buat dekat sini?" aku belum bagi tahu ayahanda mengenai kunjunganku ke istana hari ini.
"Saya baru berjumpa dengan Putera Mahkota."
Ayahanda lalu meneruskan langkahnya, aku menyamakan langkahku dengan dia, berjalan berdampingan dengannya.
Tiba-tiba dia menepuk bahuku dengan riak wajah simpati, seakan tahu apa yang baru sahaja terjadi.
"Ayahanda—"
"Sebaiknya Ananda bagi tahu sewaktu kita berada di dalam kereta."
Aku ikut saran ayahanda, seperti yang dia sentiasa pesankan: berbicaralah pada tempatnya, ada banyak mata dan telinga di
*******
Bolehkah Ayahanda berbuat sesuatu mengenai perjodohan ananda? Kali ini sahaja, ananda janji tak nak kan apa-apa lagi." Ucapku semasa kami telahpun berada di dalam kereta. Ayahanda telahpun tahu bahwa aku tak nak bertunang dengan Putera Mahkota.
"Ayahanda tak ada kuasa nak tolak keinginan Yang Mulia Sultan Agong. Itu ialah angan-angan dia sejak melihat kamu berdua bersama, Ananda sendiri juga tahu apa alasannya."
Alasannya tak lain tak bukan untuk kukuhkan hubungan antara keluarga cempaka dan Istana. Keluarga cempaka ialah salah satu dari tiga keluarga yang tersohor di kerajaan Timur dan kini kepala keluarga cempaka ialah ayahandaku sendiri. Dan antara tiga keluarga besar itu hanya aku wanita yang menurutnya sesuai jadi pendamping Putera Mahkota.
"Ananda tak sanggup hidup dalam istana, Ayahanda. Hidup ananda akan berakhir semasa memakai tiara."
"Anggap ini ialah tanggung jawab Ananda sebagai Puteri keluaga cempaka. Lagi pula Ananda dan Putera Mahkota sudah sama-sama saling mengenal, Ananda sudah tahu bagaimana perangainya. Dia akan jadi pasangan yang baik untuk Ananda."
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Ficțiune istoricăArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...