Sejak kecil aku telah di persiapkan untuk jadi permaisuri, aku sedikit banyak tahu pasal silsilah kerabat diraja, adat istiadat dan segala hal yang bersangkutan dengan istana. Sebab itu aku tak nak jadi permaisuri, aku tak yakin yang aku boleh jadi suri negara yang baik. Aku tak akan bertahan lama."Ampun kan patik Tuanku, tak pernah ada niat patik untuk cuba jatuh kan maruah kerabat istana."
"Tapi perbuatan awak hari ini berkata lain Arum Mestika."
"Patik cinta kan dia Tuanku. Bagaimana patik nak bertunang dengan Tuanku bila patik cinta kan orang lain? Bukan kah sebelum ini patik dah cuba nak bagi tahu Tuanku?" Entah mengapa senang sungguh kebohongan tentang perasaan cinta itu keluar dari mulutku, terdengar meyakinkan pula.
Putera Mahkota terdiam dengan ucapanku. Kulihat wajahnya, riaknya yang sebelum ini bergantikan riak kecewa.
Tapi kenapa?
"Apa Tuanku baik-baik sahaja?" Aku mula risau dan sedikit bingung dengan ekspresi Putera Mahkota.
"Arum... saya dah lama mengenali awak. Mustahil saya tak kecewa bila awak pilih orang lain dari pada saya!"
Aku rasa bersalah dengar luahan Putera Mahkota. Jujur aku tak nak dia kecewa dengan aku, meski sebenarnya perbuatanku ini sememangnya mengecewakan, aku nak dia baik-baik sahaja, aku tak nak dia terkesan. Sebab hatiku turut rasa terluka bila dia kecewa.
"Ampunkan patik Tuanku, Patik tak mahu Tuanku bersedih di sebabkan perbuatan patik. Ampunkan patik."
"Dia orang asing Arum, awak tak tahu orang macam apa dia sebenarnya. Dia bukan lelaki budiman. Lambat laun awak akan tersakiti olehnya."
"Tolong fikir masak-masak sebelum awak buat keputusan Arum, tolong pertimbangkan lagi. Demi persahabatan kita!" Ujar Putera Mahkota sambil genggam kedua tanganku, suaranya terdengar seperti sedang memohon.
Mataku berkaca-kaca mendengar itu, dapat kurasakan kepedulian Putera Mahkota. Tapi apa boleh di kata, nasi dah jadi bubur, semuanya sudah pun terlanjur. Aku kena tetap pertahankan sandiwara ini.
"Ampun kan patik Tuanku... tolong jangan pernah benci kan patik." Ujarku ikhlas dari hati yang paling dalam.
"Kalau macam itu, harap awak tak menyesal dengan pilihan awak Arum. Saya tak akan benci kan awak, tapi saya tak boleh layan awak sama macam sebelum ini, awak tak di benarkan lagi berjumpa dengan saya tanpa pengesahan." Ujar Putera Mahkota kemudian pergi tinggal kan aku.
Hatiku rasa sakit atas perlakuan itu, dia yang biasanya bersikap ramah dan sentiasa tersenyum kepadaku itu kini pergi dengan wajah dingin. Lebih teruknya lagi dia tak nak kekalkan hubungan persahabatan kami.
Siapa aku nak kekalkan hubungan dengan Putera Mahkota? Sedang aku permalukan dia hari ini, memang layak pun aku terima padah itu.
Aku bukannya tak terima, tapi menjadi asing dengan Putera Mahkota amat menyakitkan bagi aku. Tak kusangka akan sesakit ini! Banyak hal yang aku dan Putera Mahkota telah lalui bersama. Memori masa kecil dan remajaku juga ada bersamanya, sehingga kini saat kami berdua telah tumbuh dewasa.
Masih kuingat kelakuan Putera Mahkota saat kami sedang belajar bersama di istana ketika dulu, dia tiba-tiba menukar kertas jawaban yang ia punya denganku supaya aku tak kena hukum oleh pengajar. Waktu itu kami sedang belajar sejarah, cikgu yang ajar kami itu tegas dan sentiasa bagi hukuman bila terdapat jawaban yang salah. Hari itu Putera Mahkota selamatkan aku dari pada hukuman.
Pernah seingatku waktu itu kami sedang seronok bermain hingga aku terambil selendang sutera ibu suri, kemudian tertinggal entah dimana. Lantas saat kami berdua di soal, Putera Mahkota lebih dulu mengaku bahwa dialah yang hilangkan selendang itu. Alhasil Putera Mahkota di hukum atas kelakuannya yang telah menyentuh dan menghilangkan harta orang lain tanpa sepengetahuan pemiliknya. Saat itu aku menangis melihat Putera Mahkota yang sedang menulis ulang sebanyak seratus lembar ayat yang begitu panjang, aku menemaninya semalaman bersama dayang Istana.
Aku sentiasa buat hal, dan Putera Mahkota pula sentiasa mengaku atas keshilafanku. Meski tanpa di pinta dia sentiasa melindungiku.
Sungguh rasanya amat sakit, kehilangan Putera Mahkota sebagai seorang kawan tak pernah termasuk dalam matlamat aku. Aku hanya tak nak berkawin dengan dia dan nak kekal berkawan macam sebelum ini. Itu aje!
Tapi, siapalah aku. Aku hanya wanita degil yang sentiasa fikir kan diri sendiri. Benar kata bonda, aku tak pernah ambil berat pasal orang lain, dalam dunia ini aku sahaja yang penting, orang lain belakang kira.
Dalam tak sedar, air mataku mengalir meluapkan kesedihan yang sedang membatin.
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Historical FictionArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...