"Saya akan buat awak menderita!"Terkejut aku dengar jawabannya.
"Dengan cara?" tapi aku tak nak kalah. Aku cabar dia lagi!
Dia masih memandangku, tak berpaling walau sekejap. Aku tak selesa di pandang sebegini oleh orang yang sejak awal mampu buat jantungku berdetak laju. Rasanya aku bagai nak melayang.
"I will break your heart!"
"How?"
"Marry me and you will know!"
"Im sorry but I can't!" aku tak nak perpanjang perbualan ini lagi. Dia memang benar-benar manusia yang sama sekali tak dapat aku teka. Tak pernah aku jumpai orang sepelik dirinya, dia bercakap tanpa berlapik, bertingkah semahunya. Apa semua keluarga Adiwira macam ini? Mereka kan berdarah pejuang, manalah tahu.
"Is not you to decide my lady..."
"Apa maksud awak?!"
Aku benar-benar tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini. Pertama, Kasyaf mendatangiku dan tiba-tiba bahasa pasal... kawin!
"Awak akan ikut saya ke kerajaan barat sebagai tunang. Kita akan bertunang dalam tempoh lima bulan. Selepas tempoh itu berakhir, kita akan menikah!" Ujarnya tanpa sebarang riak di wajahnya.
Apa aku dah gila? Atau telingaku salah dengar ucapan Kasyaf? Aku sangat-sangat tak faham dengan apa yang terjadi sekarang ini.
"Apa maksud awak? Saya betul-betul tak faham, tolong jangan main-main dengan saya! Saya tak ada masa untuk itu."
"Saya tak bergurau Mestika... bukan ke awak sendiri yang mengaku yang kita ini sememangnya saling mencintai? Bukan ke awak sendiri yang tarik saya dalam sandiwara awak?"
Aku menelan liur, tak kusangka dia tahu apa yang sudah aku rancang selama ini.
"Jika awak tahu itu ialah sandiwara, lantas mengapa awak kemari untuk bertemu dengan saya?"
"Sebab saya nak kan awak. And I allways get whatever I want."
"Tapi kenapa saya yang awak nak?"
"Ask your self Mestika... kenapa awak pilih saya sebagai pasangan sandiwara awak?"
Dia balik bertanya padaku. Aku pun nak tak nak kalah darinya.
"You are the finest, good looking and badass man I ever seen. Awak nampak tak peduli dengan apapun yang akan terjadi, penilaian dari orang lain tak beri pengaruh apapun bagi awak, in other words, I need someone like you, that's why I choose you." Jelasku terus terang.
"And you are the woman I need too."
Aku tak puas hati dengan jawaban manusia kacak di hadapanku ini. Aku rasa macam aku sedang berada di panggung sandiwara. Macam mana pula aku yang menolak bertunang dengan Putera Mahkota berakhir bersama dengan Kasyaf? Aku akui memang dia menawan, jantungku pula sentiasa berdebar kencang saat di pandang oleh dia. Tapi itu sahaja tak cukup untuk aku nak jadi tunang dia. Belum lagi dengan keluarga cempaka yang entah aku tak tahu setuju atau tidaknya mereka.
Tambah lagi reaksi Baginda Sultan yang setiap hari kurisaukan. Rasanya aku tak boleh lari dari hukuman yang akan di kenakan padaku mengenai perbuatanku itu. Entah apa hukuman itu, harapnya aku tak dapat hukuman yang teruk, jika hanya di larang bersosial selama setahun masih boleh kuterima.
"Keluarga saya tak akan terima penyatuan ini Kasyaf."
Dia tersenyum seakan tak nak ambil tahu dengan hal itu, yang penting dia nak! Yang lain belakang kira.
"Saya juga dah berjanji dengan diri saya. Saya hanya akan berkawin dengan orang yang saya cinta, begitu juga dia sebaliknya."
"Then you can try to love me sweethearts... and perhaps I will fall for you. Who knows?" ujar Kasyaf, dia memandangku begitu tajam. Ucapannya begitu kurang ajar namun entah mengapa aku rasa sedikit tergoda olehnya.
"Itu tak akan pernah terjadi!" Setidaknya aku tak ingin mencintai terlebih dulu.
Dia yang jatuh cinta lebih dulu akan sentiasa kalah.
Dan aku tak suka dengan kekalahan!
"Saya akan terima permintaan awak bila orang tua saya terima awak juga!" Ujarku, aku yakin ayahanda tak akan terima penyatuan ini memandangkan apa yang telah kami perbuat di majelis tiga hari lalu.
Bila aku bertunang dengan Kasyaf, kerabat diraja akan anggap itu sebagai suatu penghinaan, memandangkan aku sudah sejak kecil di pasangkan dengan Putera Mahkota. Dan juga pastinya akan di anggap sebagai bentuk pembangkangan, ayahanda tak akan pernah menentang Yang Mulia Sultan. Meski pertunanganku dengan putera mahkota telah di batalkan, tapi aku tahu Yang Mulia tak akan lepaskan aku begitu sahaja. Belum lagi dengan bonda yang saat ini sedang marah besar dengan perbuatanku. Dan kakandaku meski terlihat acuh tak acuh, tapi aku yakin dia juga tak akan setuju.
Kulihat Kasyaf senyum bongkak, riak wajahnya penuh percaya diri seolah semua akan berjalan sesuai kemahuan dia. Riaknya itu buat aku sentiasa rasa terintimidasi.
Kudapati dia kemudian tiba-tiba berdiri, tanda bahwa dia nak akhiri perbualan pelik dan sangat tak munasabah ini. Lantas aku juga ikut berdiri, tak sabar melihat kepergiannya, walau mungkin wajah kacaknya itu akan kurindui.
Dan lagi secara tiba-tiba, tanpa izin dariku dia meraih tanganku kemudian menciumnya. Buat aku terdiam seketika, terkejut dengan tingkah kurang ajarnya itu.
"Then you should prepare yourself My lady... perjalanan pergi kerajaan barat cukup jauh." Ujarnya kemudian pergi dari bilik putih.
Yakinnya dia...
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Ficción históricaArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...