*******"Dia dari keluaga Adiwira?" aku sedikit terkejut mendengar informasi dari Lisa. Setahuku keluarga Adiwira cukup berpengaruh di kerajaan barat. Sama halnya denga tiga keluarga besar di kerajaan timur.
"Dia adalah satu-satunya penerus keluarga Adiwira. Kini dia dah jadi kepala keluarga, selepas kematian ayahandanya pada tiga tahun lepas." Jelas Lisa
"Macam mana dengan dia sendiri?"
"Dia..." Lisa seakan teragak-agak untuk beritahuku.
"Cakap Lisa!" entah mengapa aku rasa nak sangat tahu tentang dia.
"Tak banyak yang tahu mengenai perangai aslinya. Dia hanya bercakap seperlunya, dia juga bukan kaki perempuan, banyak orang kata dia sukar di dekati dan khabarnya dia baru sahaja putus tunang dengan salah satu puteri dari keluarga tersohor di kerajaan barat."
Aku terdiam mencerna ucapan Lisa, dia baru putus tunang? Bukankah di kerajaan barat pertunangan tak boleh di putuskan melainkan asbab tertentu?
Bertunang di kerajaan barat sama halnya dengan menjalin perkawinan. Mereka bertunang ikut tempoh tertentu kemudian menggelar pernikahan. Putus tunang di anggap suatu hal yang menjatuhkan maruah di kerajaan barat. Dan maruah adalah suatu hal yang amat penting bagi keluarga tersohor, banyak orang yang rela mati demi menjaga maruah dan nama keluarga mereka.
"Dia adalah kepala keluarga yang termuda di kerajaan barat. Tahun ini dia berusia dua puluh tujuh tahun. Meskipun masih muda, dia orang yang cerdik dan panjang akal, pintar berunding. Dia merupakan panglima perang, orang menjulukinya helang adiwira yang gagah berani." Jelas Lisa lagi.
Menarik
Tapi aku tak hairan kalau dia cerdik dan gagah berani, sebab dia berasal dari darah keturunan adiwira. Keluarga adiwira di kenal sebagai keluarga pahlawan, merekalah yang pimpin perang, dan setiap peperangan yang di ketuai keluarga Adiwira sentiasa mendapat kemenangan. Dia adalah war heroes
Dan memandangkan sekarang perang telah usai, keluarga Adiwira boleh duduk manis menikmati hasil setiap kemenangannya.
"Apa yang dia buat sekarang?" tanyaku pada Lisa memandangkan perang telah usai.
"Dia akrab dengan keluarga diraja. Saat ini dia menjawat sebagai ketua pertahanan kerajaan barat, selain itu dia juga menjalankan perniagaan."
"Perniagaan?"
"Dia berniaga dalam bidang pembekalan logistik. Salah satunya ialah menjual senjata peperangan pada negara luar, dan hal itu telah di setujui langsung oleh Raja kerajaan barat."
Aku tak tahu banyak hal mengenai kerajan barat, bahkan tak terlalu peduli kannya. Tapi sebab kan apa yang baru sahaja kudengar tadi membuat aku rasa nak ingin tahu lebih lanjut lagi, sedekat apa hubungan Kasyaf jauhar dengan Raja barat, sehingga memperbolehkannya untuk menjual senjata pada negara luar? Bukankah itu terlalu beresiko untuk kerajaan barat? Macam mana bila suatu saat nanti terjadi pembangkangan?
Ah! Entahlah.
"Setakat ini itu sahaja informasi yang saya dapatkan Cik puan." Ujar Lisa
"Terima kasih Lisa, itu informasi yang sangat berguna." Ucapku tersenyum pada Lisa, dia memang seorang yang dapat di andalkan.
"Kembali kasih Cik puan."
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Fiction HistoriqueArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...