"KAMU DAH PERMALUKAN MARUAH KELUARGA!!!"Sampai sahaja di kediaman keluarga cempaka, bonda meluapkan emosi yang ia tahan sejak di majelis tadi. Aku pulang bersama bonda dan kakandaku, mana kala ayahanda masih berada di istana, ada hal yang sedang dia bincang kan bersama dengan Yang Mulia Sultan.
"MESTIKA, kamu dah melampau. Bonda betul-betul kecewa! Macam mana kamu boleh pergi diam-diam dan berpasangan dengan orang yang baru kamu kenal? Sedang kamu tahu sendiri bahwa hari ini perjodohan kamu dan Putera Mahkota akan di rasmikan!" Bonda sangat berang dengan perbuatanku, sedang aku hanya mampu tertunduk. Sementara kakandaku, meski dia tak berkata apa-apa, dari riak wajahnya aku tahu yang dia juga sama geramnya dengan bonda.
Alhasil sebab perbuatanku itu, hari ini tak ada khabar rasmi mengenai perjodohanku dengan Putera Mahkota. Majelis khas jemputan yang dihadiri oleh tetamu dari kalangan keluarga bangsawan itu berjalan seperti biasa, pesta rakyat pula akan di langsungkan esok pagi selama tiga hari berturut-turut di padang istana.
"Saya cinta kan dia Bonda... kami dah lama berkenal tanpa sepengetahuan bonda dan ayahanda. Saya tak nak bertunang dengan Putera Mahota, sebab saya ada pilihan lain." Lancang memang mulut aku mereka sandiwara.
"Tapi bukan dengan cara macam itu Mestika. Kamu kira Baginda Sultan akan diam saja mengenai itu? Kamu tak fikir ke apa akibat yang akan menimpa keluarga kita?!"
"Ampun kan saya bonda."
"Kamu memang degil, sentiasa fikir kan diri sendiri! Kamu tak fikir kan maruah keluarga, tak fikir kan masalah yang akan menimpa kakandamu."
Aku menelan liur, tipu bila aku tak fikirkan semua itu. Tapi apa boleh buat, itu sahaja jalan yang aku ada, di rumah ini tak ada yang nak dengar kan aku, ayahanda pun sama.
"Kenapa bonda sentiasa berat sebelah antara saya dan kakanda? Apa pernah fikirkan pasal saya juga? Saya tak mahu menjadi pasangan Putera Mahkota, bonda! Tapi tak ada yang nak dengar kan saya, hanya karena di pasangkan dengan Putera Mahkota semua orang ingat saya akan baik-baik sahaja. Saya berbeza bonda... saya tak akan bahagia." Meski aku rasa bersalah dengan perbuatanku, aku sama sekali tidak menyesalinya.
Aku bukannya cemburu, hanya saja aku sedikit terkilan dengan bonda. Dia lebih peduli kan kakanda dari padaku. Kakanda ialah bakal penerus keluarga cempaka, sejak kecil dia dijaga dengan sangat baik, mendapat banyak perhatian dari seisi keluarga. Setiap kakanda berbuat kesalahan bonda sentiasa memakluminya.
Lain cerita bila aku yang berbuat khilaf, bonda akan terus marah dan beri hukuman padaku. Dia kata aku sama sekali tak mencerminkan diri sebagai seorang wanita bangsawan yang terhormat. Bonda nak aku ikut semua cakapnya, jadi wanita yang lemah lembut dan penurut.
Tapi masalahnya aku bukan begitu. Aku juga geram dengan diri kau yang sama sekali tak sesuai dengan harapan. Aku tak tahu kenapa aku degil, tak tahu kenapa aku lebih suka kan cabaran, tak tahu kenapa aku kerap ingkar arahan.
Terdengar helaan nafas panjang dari bonda, telihat dia memicit kepalanya yang mula pening. Dia rasa tak ada gunanya nak cakap dengan aku. Aku tetaplah puteri dia yang degil.
"Masuk bilik sekarang! Kamu tak di perbolehkan pergi mana-mana!" ujar bonda membuang muka.
Aku akur dengan perintah bonda. Aku kemudian pergi menuju bilik. Entah kenapa aku rasa seluruh tubuhku lemas.
Usai masuk bilik, aku membuang diri ke atas katil. Aku betul-betul lemas.
"Cik puan..." terdengar suara Lisa dari balik pintu.
"Masuk."
"Ampun kan saya atas hal yang menimpa Cik puan. Masa Toh puan berta—"
"Tak apa Lisa, awak tak salah apa-apa. Terima kasih selama ini sentiasa berpihak dengan saya." Ujarku mencelah ucapan Lisa.
"Terima kasih Cik puan."
Aku kemudian bangkit dari posisi yang tengah selesa berbaring atas katil. Duduk di atas kerusi berdepan dengan cermin meja hias.
Lisa membantuku melepaskan cucuk sanggul dan membuka ikatan rambut, kemudian
membiarkan rambutku terurai. Kebaya yang aku guna di lepas, ikatan bengkung yang sejak tadi menyukarkanku untuk bernafas pun di buka.
Langkah kaki berjalan menuju bilik mandi, di sana telah di siapkan air hangat untuk aku membersihkan diri.*******
Sudah dua hari aku terkurung di dalam bilik, tak di benarkan kemana-mana. Terdapat dua penjaga yang di perintah kan bonda untuk menjagaku di luar pintu bilik supaya aku tak boleh keluar. Majelis pesta rakyat berlangsung tanpa kehadiranku, sayang sekali rasanya tak dapat turut meraikannya. Pesta rakyat adalah sambutan paling meriah dan ramai di kerajaan barat.
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
HistoryczneArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...