Tetamu tak di jangka

25 5 4
                                    




Hanya Lisa yang setia menemaniku selama tempoh hukumanku ini, entah agaknya sampai bila kemarahan bonda akan mereda. Semua buku yang menumpuk di atas meja itu semuanya sudah kubaca, sekarang tak ada lagi yang boleh kulakukan selain menatap taman dari tingkap bilik.

Rasanya begitu sunyi dan hampa. Aku tak tahu bagaimana khabar di luar sana, yang penting pastinya aku yakin bahwa khabar tentang aku yang datang berpasangan dengan Kasyaf sudah pun menyebar di kalangan kerajaan timur.

"Cik puan, awak ada tetamu yang sedang menunggu."

Tetamu? Siapa?

"Siapa dia Lisa?" macam mana tetamu itu boleh masuk di kediamanku? Sedang kan kalau ada surat kiriman untuk aku, bonda akan terus menahannya sebelum sampai di tanganku. Dalam tempoh hukuman, aku tak boleh bertemu dan berbalas surat dengan siapapun. Hanya Lisa yang di benarkan untuk menemuiku.

"Dia adalah utusan dari kerajaan barat, Cik puan."

            Kasyaf?!

"Macam mana dengan Bonda? Apa dia perbolehkan saya untuk berjumpa dengan tetamu itu?"

"Toh puan sendiri yang bagi perintah dengan saya Cik puan. Awak di minta untuk menemui utusan dari kerajaan barat." Jelas Lisa.

"Baiklah Lisa, mari temankan saya temui dia."

Aku tarik nafas panjang. Ini ialah pertama kalinya aku keluar bilik semenjak di hukum. Aku rasa sedikit senang. Entah senang sebab Kasyaf tiba-tiba datang menemuiku atau sebab akhirnya aku di perbolehkan melangkah keluar dari bilik.

Tapi aku sedikit pelik dengan bonda yang nak aku temui Kasyaf, ini macam bukan dia.

Kaki melangkah keluar bilik, lantas berjalan menuruni anak tangga. Lisa lebih dulu jalan di hadapanku. Kulihat tak ada orang di ruang tamu yang bertempat di bawah tangga. Aku rasa bonda menempatkan Kasyaf di bilik putih.

Bilik putih ialah bilik yang di khususkan untuk tetamu terhormat. Disana keamanan sangat terjaga, tak ada sesiapa yang di benarkan masuk kecuali tetamu itu sendiri dan orang yang nak ditemui. Kali ini sebab aku yang di cari, maka aku di perbolehkan masuk.

Bilik putih ialah bilik yang paling misteri di dalam rumah agam ini. Meski aku lahir dan membesar di rumah ini, aku jarang masuk ke dalamnya. Tak ada yang di perbolehkan masuk, ia di jaga dengan sangat ketat. Tetamu yang berada dalam bilik ini biasanya ialah orang penting yang membawa maklumat sensitif yang harus terjaga kerahasiannya.

Jujur aku tak tahu apa hubungannya dengan Kasyaf dan mengapa dia di tempatkan di bilik putih. Tapi sudahlah! Aku tak ingiin pening kan kepala.

Aku tak melihat susuk bonda semasa dalam perjalanan ke bilik putih. Selalunya pada tengah hari macam ini dia akan duduk di kerusi kegemarannya sambil minum tea panas, menikmati keindahan taman bunga kegemarannya.


.....

Akhirnya aku telah pun sampai di bilik putih. Pintu kemudian dibuka, aku lantas melangkah masuk, sementara Lisa berdiri tak jauh dari pintu.

Kudapati susuk seorang lelaki berambut hitam pekat sedang duduk menunggu. Dia menyadari kedatanganku, kemudian melihat kearahku. Sebenarnya aku tak tahu apa alasan Kasyaf ingin bertemu denganku, aku rasa semuanya sudah usai dihari itu.

"Selamat tengah hari Tuan, maaf bila awak menunggu lama." Ujarku kemudian duduk di hadapan Kasyaf.

Di atas meja telah di hidangkan tea dan dan kuih tradisional khas kerajaan timur, tapi nampaknya Kasyaf tak menyentuhya sama sekali.

"Kasyaf!" ujarnya, dia tak ingin kupanggil tuan.

"Baiklah, Kasyaf. Awak ada perlu apa dengan saya?" tanyaku terus terang.

"Apa saya perlu alasan untuk bertemu dengan bakal tunang saya?"

Hah?!

  Aku memerhati riak wajah Kasyaf, macam biasa wajahnya tak ada sebarang ekspresi. Aku nak tahu yang dia sekarang ini tengah bergarau atau...

"Saya tak faham maksud awak Kasyaf."

Kasyaf tersenyum padaku, senyumnya bagai seorang yang habis memenangkan sesuatu.

"Don't act like fool Mestika." Dia panggil aku dengan sebutan Mestika? Menarik! Sepanjang hidupku hanya satu orang yang panggil aku dengan sebutan Mestika, siapa lagi kalau bukan bondaku tersayang.

"Maksud awak?"

"Don't you think I don't know?" dia mencuba bermain kata dengan aku.

"Apa dia?" aku tak nak kalah.

Dia tersenggih.

"Awak ingat saya akan terima ajakan awak tanpa sebarang imbalan?"

Imbalan? Dia nak apa? Tak kan harta benda! Bukan ke dia sudah terlebih kaya?

"Jadi apa yang awak nak?"

"Saya nak awak!"

"Excuse me?!"

  "Saya tak suka bercakap dua kali Mestika..."

   "Lepas itu, kalau tak suka awak nak buat apa?"

Dia tersenyum memandangiku, tapi dapat kurasakan pandangannya seakan berarti lain. Seperti pemangsa yang siap menerkamku bila-bila masa. Tatapan yang begitu tajam itu seakan menembus masuk kejiwaku.

LOVE AND REVENGEWhere stories live. Discover now