Majelis pesta rakyat (2)

20 4 5
                                    




Pintu kereta di buka, dia pelawa aku untuk masuk lebih dulu. Kemudian di ikuti olehnya, kami duduk berdampingan membuat deru nafasku tak terkawal, detak jantungku berdegub lebih dari biasanya. Aku berusaha kawal diri sebaik mungkin di hadapan Kasyaf jauhar.

Mengapa aku begini di hadapannya?
Tak kan sebab dia kacak?

Kalau itu sebabnya, Putera Mahkota pun kacak juga tapi jantungku tak pernah berdekat selaju ini. Kalau macam ini selalu, tak lama aku hanya tinggal nama, boleh gagal jantung aku dibuatnya.

Kasyaf diam sahaja selama di perjalanan, hal itu buat aku semakin rasa janggal. Aku sendiri pun tak tahu apa nak di cakap padanya.

  "Berapa hari awak berada di kerajaan timur?" tanyaku memecah kesunyian.

Perhatiannya yang sedang seronok melihat pokok di siring jalan yang kami lewati itu kemudian teralihkan padaku.

"Sehari selepas majelis." Jawabnya singkat.

  Aku tersenyum mengangguk, baguslah! Lagi cepat dia pergi lagi senang kerja aku.

"Atau mungkin seminggu selepas majelis? Atau berbulan... Who knows!" ujarnya lagi.

Asal pula macam itu?

"Kenapa?" Aku pelik merangkap penasaran. Bukankah sebelum dia melakukan perjalanan dia akan rancang terlebih dulu perjalanannya, kenapa dia bagi jawaban yang tak pasti?

Ah, aku benci ketidak pastian. Macam mana kalau aku mulai berharap supaya dia tinggal lama dekat sini. Dan macam mana kalau aku...

            Fall in love?

            But how come...

            With this stranger?

Hanya sebab dia kacak dan jantungku berdetak laju di hadapannya? Come one, jangan jadi gila Arum mestika!!

Ah! Sudahlah aku tak nak fikir lagi, semakin aku fikirkan rasanya saluran nafasku jadi tersekat. Anggaplah aku begini sebab ini kali pertama aku dapat layanan acuh tak acuh oleh seorang lelaki. Lelaki yang begitu berani menarik tanganku di hadapan ramai. Lelaki yang begitu angkuh, tapi bersetuju dengan permintaan tak tahu malu dariku.

Sedar tak sedar kami pun sampai di halaman istana. Kereta berhenti, kemudian Kasyaf lebih dulu turun, kemudian mempersilakanku sambil memberi tangannya untuk kusambut.

Kusambut tangannya kemudian keluar dari perut kereta.

Aku dan dia berjalan berdampingan menuju aula tempat para bangsawan dan tamu jemputan lainnya.

Karpet merah di gelar di sepanjang jalan yang kami lalui, sehinggalah tiba di pintu aula.

"Kasyaf Jauhar Adiwira, utusan dari kerajaan barat dan pasangannya Cik puan Arum mestika dari keluarga Cempaka telah tiba di istana."

Kedatangan kami telah di khabarkan oleh pekerja istana yang bertugas mengatur pesta, sebelum masuk aula yang telah disiapkan untuk jamuan majelis sambutan hari jadi Seri Paduka Baginda.

Aku dan Kasyaf berjalan berdampingan, tanganku merangkul lengan gagahnya. Kasyaf terlihat biasa sahaja saat berjalan bersamaku, sedang aku tak tentu arah. Iya! Kurasakan aura janggal di sekelilingku. Semua mata tertuju pada kami.
Sempat juga terdengar olehku ucapan.

Bukankah dia bakal tunang kepada Putera Mahkota?

Bukan ke kuning ialah warna berkabung di kerajaan barat? Kenapa dia guna warna itu pada sambutan hari jadi Yang Mulia Sultan?

Mataku pula melilau mencari keberadaan Putera Mahkota, syukurlah dia tak terlihat.

Langkah kami terhenti di hadapan singgasana tempat duduk Yang Mulia Sultan Iskandar. Kepala tunduk, badan membungkuk tanda hormat kepada Yang Mulia Sultan.

"Hormat saya Kasyaf Jauhar Adiwira utusan dari kerajaan barat, semoga Yang Mulia sentiasa dalam keadaan sihat." Ujar Kasyaf

"Hormat patik Arum mestika, puteri dari keluarga cempaka. Doa saya semoga Yang Mulia kekal sehat dan bahagia." Ujarku.

Yang Mulia Sultan mengangguk. Selepas itu kami pula berdiri tegak ke posisi awal. Kulihat riak wajah Yang Mulia lain dari biasanya. Aura yang terpancar dari Baginda buat aku tak senang duduk. Yah, aku tak heran sebab aku datang bersama lelaki lain, sedang aku tengah dalam tempoh perjodohan bersama Putera Mahkota. Nasib baiklah Yang Mulia tak murka.

Tapi akankah Yang Mulia Sultan Iskandar akan diam sahaja?

Macam mana kalau selepas ini aku akan dapat pertuduhan ingkar arahan Baginda? Tak ke itu terlalu seram? Tapi masalahnya, kenapa aku baru terfikir akan hal ini sekarang?

"Awak oke?" Kasyaf bertanya padaku.

  "Ah, saya oke." Tipu, sebenarnya aku tak oke. Tapi aku tak boleh nak cakap dengan Kasyaf sebab lebih baik dia tak tahu niat aku nak pergi sama-sama dengan dia.

"Saya nak minta diri dulu." Pintaku pada Kasyaf, aku dah tak tahan dengan tatapan sinis para bangsawan lain. Aku juga tak membenarkan perbuatanku hari ini, sebab itu aku nak pergi dari sisi Kasyaf, bagiku pertunjukan kebersamaan kami sudah lebih dari cukup.

"Kemana?" Kasyaf tiba-tiba meraih tanganku, buatkan aku terkejut dengan aksinya.

"Hah?" aku blank tak tahu nak cakap apa.

"Awak nak kemana Arum mestika?"

Sewaktu dia sebut nama penuhku, entah mengapa kurasakan bagai tersirap aliran darahku, jantung ini kembali berdetak semakin laju dari biasanya.

"Saya nak cari udara segar Tuan." Aku tersenyum padanya.

LOVE AND REVENGEWhere stories live. Discover now