"Selamat jalan... berhati-hatilah! Ingat keluarga Adiwira tak pernah pulang dengan tangan hampa." Pesan Nenda, pagi ini dia menghantar kepergian Kasyaf, yang akan bertolak menuju kerajaan timur sebagai wakil utusan dari kerajaan barat."Terima kasih Nenda, jaga diri baik-baik selama ketiadaan saya." Ujarnya sambil mencium tangan nenda Dahlia.
Kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta. Kereta mula bergerak maju sebaik sahaja Kasyaf memberi perintah untuk memula perjalanannya. Kasyaf pergi menuju setesen kereta api.
Dari kejauhan terlihat oleh Kasyaf melalui cermin sisi kiri kereta, nenda Dahlia yang masih berdiri di tempatnya tadi, menghantar kepergiannnya sampailah keretanya tak lagi terlihat oleh mata tua itu.
Tiba sahaja di stesen kerata api, dia dapati ada utusan lainnya berasal dari keluarga Melur, nampaknya tak hanya dirinya yang di utus, tapi mengapa harus keluarga Melur? Bukan ke baginda telahpun mengetahui konflik yang terjadi antara mereka?
Kasyaf kemudian menaiki kereta api saat tiba masanya bertolak, biliknya dengan bilik utusan dari keluarga Melur di asingkan.
"Cari tahu apa hubungan keluarga Melur dengan Yang Mulia Raja." Perintahnya pada Ariz semasa di dalam kereta api.
Sepuluh keluarga besar sememangnya dekat dengan kerabat diraja, mereka ada tempat dalam pemerintahan. Tapi kali ini entah mengapa Kasyaf rasa curiga.
"Baik, Tuan!"
Perjalanan ke negeri kerajaan timur perlukan satu hari penuh tanpa henti. Kasyaf duduk pada kerusi di tepi tingkap, memandang ke luar. Dia tampak kebosanan.
"Setakat ini apa ada yang menarik di kerajaan timur?" tanya Kasyaf pada Ariz. Ariz tahu segala informasi mengenai negeri jiran itu, sememangnya dia perlu mencari tahu maklumat tentang negeri yang mereka akan kunjungi.
"Tak ada yang menarik Tuan, tapi khabarnya Putera Mahkota kerajaan timur akan bertunang dengan puteri salah satu dari tiga keluarga besar. Dia di juluki mawar kerajaan timur, dari keluarga Cempaka."
Keluarga Cempaka ialah yang terkaya di kerajaan barat. Keluarga bangsawan itu telah berdiri selama hampir satu abad, mereka telah memeritah bersama Sultan-Sultan terdahaulu, dan Kasyaf tahu mengenai itu.
"Mawar kerajaan timur?" Kasyaf rasa sedikit penasaran, apa istimewanya gelar itu.
"Mawar kerajaan timur bermaksud wanita yang di persiapkan untuk Putera Mahkota, selain itu dia memiliki paras rupa yang anggun dan menawan, wajahnya cantik bak mawar merah yang sedang mekar." Jelas Ariz, sedikit sebanyak tahu dari para pelayan di kediaman Adiwira yang gemar mengumpat perihal kerajaan timur.
"Itu sahaja?" Selepas mendengarnya, Kasyaf jadi tak begitu tertarik, kecantikan seorang wanita tak pernah buat hatinya tersentuh.
"Ermm khabarnya dia juga seorang yang degil."
Kasyaf tersengih mendengar itu, dia rasa tertarik dengan yang baru sahaja di dengarnya.
"Nama dia?"
"Arum mestika."
Arum mestika, cute name!
*******
Utusan kerajaan barat telah pun tiba di wilayah kerajaan timur. Keluarga cempaka di minta oleh Baginda Sultan untuk menyambut kedatangan mereka di stesen kereta api.
"Tak lama lagi kita akan segera sampai Tuan." Ujar Ariz pada Kasyaf yang baru sahaja terjaga dari tidurnya.
Air dalam mangkuk beserta sapu tangan di beri untuk basuh muka.
Kereta api pun berhenti di stesen tujuan, Kasyaf dan dua pendampingnya termasuk Ariz bersiap untuk turun.
Saat kaki melangkah keluar, terlihat olehnya susuk seorang wanita berkebaya hijau, rambutnya yang setengah terurai itu seolah menari tertiup angin. Wanita itu berdiri tepat di belakang kepala keluarga cempaka. Sempat Kasyaf melihat pin yang di guna oleh wanita itu berlambang cempaka.
Dia kah yang di sebut mawar kerajaan barat?
"Selamat datang di kerajaan timur Tuan." Ujar Tun Hassan, kepala keluarga cempaka menyambut kedatangan utusan dari kerajaan barat itu.
Kasyaf mengangguk. "Terima kasih atas sambutan anda Tuan." Jawab Kasyaf.
"Saya dengar ada dua keluarga besar yang di utus kemari." Ujar Tun Hassan, dia di khabarkan bahwa akan ada dua kepala keluarga besar yang datang sebagai wakil utusan dari kerajaan barat, tapi hanya Kasyaf dan dua pendampingnya sahaja yang terlihat.
Kemudian keduanya berjalan di atas karpet merah, hendak keluar menuju stesen kereta api. Karpet merah ialah permintaan Sultan, sengaja di letak karpet merah supaya utusan kerajaan barat menganggap bahwa kehadiran mereka amat di hargai.
"Iya! Saya datang bersama dengan keluarga Melur."
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Ficción históricaArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...