"Kasyaf... My name is Kasyaf, remember?""We are not close enough to call each other by name." Yah begitulah, aku rasa tak sopan bila aku memanggil namanya.
"If we are not close enough then why we came here as a partner my lady?" ujar Kasyaf penuh sarkastik, matanya yang hitam itu menatap tajam ke arahku seakan sedang menilik sesuatu.
"Don't you think is rude to ask me become your partner and now you want to leave me alone? Just like that!" bisik Kasyaf di telingaku. Aku betul-betul tak tentu arah di buatnya, dia sangat berani, dan entah mengapa aku tak marah akan hal itu.
Riak wajahnya sukar untuk kufahami. Wajahnya tak ada sebarang ekspresi.
"Saya tak pegi Kasyaf, saya hanya nak cari udara segar. Itu sahaja!" aku tersenyum padanya untuk mengelabui pandangan semua tetamu jemputan, aku nak kami terlihat sebagai pasangan yang sedang jatuh cinta, setidaknya untuk hari ini.
"Then let's go together!"
Tanpa persetujuanku Kasyaf terus menarik tanganku yang sejak tadi ia genggam itu. Aku terpaksa mengikuti langkah kakinya, berjalan dengannya ke balkoni. Kurasakan seluruh mata dalam aula ini seakan ikut berjalan bersamaku.
Dalam situasi yang janggal ini, aku sangat bertuah yang keluargaku tak tengok kejadian ini.
Kini hanya tinggal aku berdua dan Kasyaf, berdiri pada balkoni yang memperlihatkan hampir semua bangunan kerajaan timur. Kasyaf pula memerhati bangunan persekitaran istana yang dapat terlihat dari balkoni ini, entah apa yang sedang dia fikirkan.
Aku hela nafas panjang. Akhirnya matlamatku berjalan sesuai rencana, meski hari ini belum berlalu sepenuhnya. Kini hanya perlu fikirkan apa yang akan jadi di rumah nanti dan apa yang akan jadi padaku tentunya.
Aku agak takut bila teringatkan reaksi Yang Mulia tadi. Memang perbuatanku ini ialah perbuatan kurang ajar, dan layak di hukum. Tapi tak ke itu keterlaluan?
Kalau lah aku ada kuasa nak tolak perjodohan itu, mana mungkin aku akan berbuat sampai sejauh ini? Dengan orang yang tak aku kenal pula.
Ah, macam mana pula nanti aku nak jawab ayahanda ya? Perlukah aku mengarang cerita saat tiba di rumah nanti?
Aku jatuh cinta pada Kasyaf, dan telah lama saling mengenal. Itu ialah sebab aku tak nak di jodohkan dengan Putera Mahkota!
Alasan yang menarik! Aku hanya perlu terlihat bersungguh-sungguh di hadapan orang tua dan kakandaku.
"Tuan Kasyaf Adiwira, minta maaf mengganggu. Boleh ke saya berbual dengan anda?" tanya salah seorag bangsawan yang menghampiri kami, wajahnya terlihat tak asing.
Kulihat Kasyaf tersungging, dia kemudian berbisik padaku.
"Tunggu saya dekat sini, dan jangan pergi mana-mana. Saya ada hal nak bagi tahu awak!" ujarnya serta merta, terdengar seperti perintah yang mesti kupatuhi.
Aku hanya mengangguk padanya, tak tahu nak jawab macam mana. Kali ini apa pula dia nak bagi tahu aku? Bukan ke dia jarang bercakap selama ini?
Lantas kulihat dua kereta keluarga cempaka baru memasuki halaman istana. Tak lain dan tak bukan ialah kedua orang tua dan kakandaku, mereka pergi dengan berlainan kereta. Jantung rasanya berdebar saat mengetahui kedatangan mereka, namun debaran ini tak sama dengan yang kurasakan pada Kasyaf.
Melainkan ini ialah debaran risau bercampur takut. Iya, aku takut kena marah bonda di hadapan semua bangsawan akibat perbuatanku hari ini, meski bonda yang aku kenal tak akan marah di hadapan orang, tapi manalalah tahu... dia juga manusia, ada hati ada rasa.
Perihal kakandaku pula, aku tak tahu apa reaksinya nanti, mereka tak pernah marah maupun tegur aku selama ini. Dan ayah pula...
Ah, aku rasa aku akan kecewakan semua orang hari ini.
"Arum!" terdengar suara seorang lelaki yang sangat tak asing bagiku. Aku menoleh ke arah suara.
Putera Mahkota!
Aku syak dia pasti dah tahu kejadian sebentar tadi.
"Salam untuk Tuanku Engku Putera Mahkota, semoga sentiasa dalam lindungan-Nya." Aku usaha untuk nampak kan wajah baik-baik sahaja di hadapan Putera Mahkota, padahal dalam hati rasa gerun semacam nak menghilangkan diri masa ini juga.
"Apa yang awak dah perbuat Arum?" Dia melangkah mendekatiku, wajah Putera Mahkota yang terlihat tenang sentiasa itu kini terlihat murka.
"Patik tak berbuat apa-apa Tuanku, saya hanya—" sekarang ini aku tak tahu nak buat apa, entah mana perginya otak aku yang cerdik itu.
"Tak ke awak rasa apa yang awak perbuat ini dah calarkan maruah kerabat diraja? Macam mana bila Yang Mulia Sultan jatuhkan hukuman ingkar arahan kepada awak?"
"Patik tak rasa dah jatuhkan maruah sesiapa Yang Mulia... perjodohan kita belum ada kata terima dari kepala keluarga patik, belum pula di rasmikan oleh belah istana. Maknanya patik masih berstatus gadis bujang, patik tidak pernah bertunang dengan sesiapa." Jelasku.
"Tak ke awak faham apa arti mawar kerajaan timur?"
Aku menunduk di hadapan Putera Mahkota, tak berani menatap wajahnya yang sedang berselimut kan amarah itu. Mustahil aku tak tahu apa maknanya. Julukan mawar kerajaan barat di beri padaku bermakna bahwa aku ialah wanita yang telah di siapkan untuk pendamping Putera Mahkota suatu hari nanti.
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Historical FictionArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...