Tak di nafikan, kabarnya salah satu di antara banyaknya alasan utama Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Iskandar menjodohkan kami ialah sebab kami merupakan kawan rapat dan sering luangkan waktu bersama."Masalahnya Ananda tak sesuai dengan peraturan di istana. Bonda tahu ananda macam mana orangnya, hidup dalam istana bagaikan burung dalam sangkar bagi Ananda. Lagi pula, ananda tidak sesuai untuk menyandang gelar permaisuri suatu saat nanti, ananda tak sesuai dengan gelar dan tanggung jawab itu."
Aku tak peka akan sekeliling dan sentiasa ikut kepala sendiri tanpa pedulikan orang lain, macam mana aku yang seperti itu boleh jadi seorang ibu negara? Kerajaan ini perlukan seorang ibu negara yang lebih baik dari pada aku.
"Usah Ananda risaukan hal itu. Seiring berjalannya waktu suatu saat nanti Ananda akan terbiasa... anggap sahaja bahwa ini merupakan saatnya untuk Ananda berubah menjadi lebih baik."
"..............."
"Bonda tahu Puteri bonda ini sangat pintar, Ananda pasti faham maksud bonda."
"Tapi inilah saya Bonda... ananda tak inginkan semua itu, ananda tak nak hidup macam itu. Ananda hanya nak jadi orang biasa, boleh buat apa yang ananda mahukan, ananda tak nak semua gelar dan kemewahan itu."
Terdengar deruan nafas panjang bonda usai dengar ucapan aku. Aku tak ada niat nak kecewakan dia, tapi nak buat apa itulah faktanya. Panggil lah aku pentingkan diri, terserah! Aku tak boleh nak senangkan hati semua orang, sedang aku terseksa seorang diri.
"Tapi kamu ialah Puteri keluarga cempaka, kamu juga tahu saat kamu di lahirkan bahwa kamu bukan orang biasa Mestika... seharusnya anak bonda bersyukur dengan semua ini, di luar sana banyak wanita yang terpaksa gadaikan marwahnya hanya untuk sesuap nasi, banyak yang rela di pijak untuk bertahan hidup. Tapi kamu Mestika... anak bangsawan yang hidup serba ada ini nak kan hidup biasa, apa kamu tahu macam mana perjuangan orang sebelum kamu dalam keluarga ini untuk jadi macam sekarang ini? SEMUANYA TAK MUDAH! Ada hal yang perlu di korbankan demi pertahankan nama keluarga cempaka." Bonda mulai naik angin dengan ucapanku yang bagi dia sama sekali tak munasabah. Mendengar ucapan bunda membuatku berfikir lebih dalam.
"Orang yang akan di tunangkan dengan kamu ialah seorang Putera Mahkota, seorang lelaki yang mempunyai darjah tertinggi di kerajaan timur. Kamu bukannya nak di kawinkan dengan sembarang orang!"
Benar kata bonda, aku bukannya di kawinkan dengan sembarang orang. Dia adalah Putera Mahkota, penerus takhta kerajaan timur yang jika aku kawin dengan dia, dalam perutku nanti akan mengandungkan zuriat penerus keluarga diraja.
Tapi aku tetap juga tak nak! Aku tak ingin menjelaskan alasanku lagi pada bonda, aku tahu dia tak akan faham. Dia tak akan pernah faham.
"Maaf kan saya Bonda... maaf bila ananda buat Bonda terasa hati." Ucapan ini ialah paling tepat saat ini untuk akhiri perbualanku dengan bonda. Susah aku nak luahkan isi hati aku dengan dia, bonda tak kan faham. Dan aku tak nak kecewa kan bonda dengan kedegilanku ini.
Bonda hela nafas panjang, riak wajahnya menunjuk kan dia tak puas hati dengan aku, semakin bertambah pula rasa bersalahku.
"Ayahanda belum bagi jawaban mengenai perjodohan kamu berdua, tapi Ayahanda akan tetap terima perjodohan kamu, sebab itu ialah permintaan dari pada Sultan Agong sendiri. Pertunangan kamu berdua akan di rasmikan pada majelis hari jadinya nanti. Siapkan diri sebaik mungkin Mestika, jangan buat yang tak perlu, setiasa ingat apapun yang Ananda buat akan melambangkan nama keluarga."
YOU ARE READING
LOVE AND REVENGE
Historical FictionArum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki itu adalah utusan dari kerajaan barat. Lelaki yang kacak, pelik, berani dan terkadang kurang ajar. Di...