Kasyaf jauhar

21 5 13
                                    




"Saya minta diri sebentar Tuan, saya akan kembali sekejap lagi." Ujar ayahanda pada utusan kacak itu, kemudian pergi hendak menyambut utusan lainnya yang baru sahaja turun dari kereta api

Aku rasa inilah saatnya aku berkenalan dengan si utusan kacak. Aku kemudian berjalan menuju hadapannya.

"Selamat datang di kerajaan kami Tuan..." ayah dah pesan awal kalau aku tak boleh menyapa pria ini terlebih dulu, tapi apa boleh buat, aku terpaksa sebab dia tak kenalkan aku.

Dia hanya mengangguk padaku. Sesaat aku memandangnya, aku kehabisan kata-kata. Selama ini aku tak pernah berbual dengan mana-mana lelaki selain kakandaku dan Putera Mahkota, aku tak tahu apa yang perlu di bahas saat awal perkenalan. Tambah lagi orang kacak ini semacam kedekut nak bercakap dengan aku.

"Ah, Enough! Ride or die..." aku bercakap sendiri guna bahasa negara kekaisaran luar dengan suara yang aku yakin tak akan terdengar oleh utusan kacak di hadapanku ini. Tak banyak yang pandai berbahasa asing di kerajaan ini, membuat aku sentiasa terlepas cakap saat sedang dalam keadaan teragak-agak, lagi pula tak akan ada yang faham.

"Sudikah Tuan datang bersama saya saat majelis pesta rakyat nanti?" pesta raykat bermakna majelis sambutan hari jadi Baginda Sultan Sultan Iskandar.

Riak wajah lelaki kacak di hadapanku ini tak ubah sama sekali. Padahal aku dah cuba kumpulkan keberanian aku untuk bercakap dengan dia.

"Baik." Dia menjawab hanya sepatah kata dengan sedikit senyum pada hujung bibirnya.

Aku tersenyum gembira, matlamatku berhasil. Dengan aku pergi bersama utusan kacak ini di hari majelis pesta rakyat, maka akan muncul skandal dari belah istana, tepat sebelum pertunanganku dengan Putera Mahkota di rasmikan. Jika hasilnya sesuai dengan yang aku harapkan, maka pertunanganku dengan Putera Mahkota tak akan berjaya.

"Baiklah, sampai jumpa nanti." Aku tersenyum padanya, kuberikan senyumku yang paling manis untuknya sebagai hadiah, senyum yang jarang aku tunjuk kan pada sesiapa.

Puas dengan keberhasilanku, aku kemudian berbalik arah dari hadapan utusan kacak ini, lantas melangkah menjauh darinya, sebelum ayahanda melihat aku berbual dengan dia.

Tapi sebaik sahaja aku melangkah, terasa tanganku di tarik oleh sesuatu, membuat langkahku terhenti dan pusingkan badan. Siapa agaknya yang berani berlaku tak sopan seperti ini pada puteri dari keluarga cempaka?

Entah mengapa secara tiba-tiba jantungku berdegup tak tentu arah saat dapat tahu yang menarik tanganku ialah utusan kacak itu. Dia sangat berani...

Matanya menatapku begitu dalam, dan aku balas memandangnya juga. Maka terjadilah saling tatap menatap antara kami berdua.

"Kasyaf jauhar..." dia memberitahuku namanya sambil tersenyum penuh sarkastik, tapi tetap nampak kacak di mataku.

Mendengar itu aku baru sahaja teringat sesuatu.

Seharusnya aku perkenalkan diri terlebih dulu...

"Ah, maaf kan saya. Saya lupa memperkenalkan diri... nama saya Arum Mestika."

"It's all right Cik puan, see you when I see you." Dia tersenyum, melihatnya senyumnya itu buat jantungku tak terkawal.

Hampir terlopong mulutku, tapi aku menahannya. Betulkah yang aku dengar tadi? Dia manjawabku dengan bahasa dari negara kekaisaran luar? Adakah dia dengar aku bercakap sendiri tadi ketika di hadapannya?

Ah, sudahlah! Kalau dia dengar pun tak masalah bagiku.

Aku lantas membalas senyumnya kemudian minta diri.

Jarak antara aku dan dia sudah cukup jauh. Tapi jantungku masih tak boleh terkawal. Degupan yang melaju ini terasa sangat nyata, hatiku seakan tersenyum bila teringatkan namanya.

Kasyaf jauhar...

Nama yang sangat indah untuk seorang pria kacak.

"Lisa... tolong cari maklumat tentang utusan dari kerajaan barat ini." Bisik ku pada Lisa, aku nak tahu siapa orang yang aku dekati ini.

Lisa lantas mengangguk mengiyakan.

LOVE AND REVENGEWhere stories live. Discover now