HANLEA - BAB 1

10.9K 188 11
                                    

Terjingkit-jingkit langkah seorang gadis berambut ikal hitam-merah perlahan menuruni tangga rumah dari tingkat dua ke tingkat bawah sambil mengintai sekeliling.

Berdebar bukan kepalang. Setiap kali mahu melanggar peraturan rumah, setiap kali itulah hati berdebar bagai nak gila.

"Mahu ke mana ni Cik El?" bisik seseorang di tepi telinga gadis itu. Hampir terjelepuk Eleanor di tepi tangga akibat terlampau terkejut.

"Donna! Hish dia ni. Terkejut aku!" marah Eleanor sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir meminta orang gajinya itu tidak membuat bising.

"Tan Sri mana?" soal Eleanor separa berbisik.

"Sudah pergi kerja," jawab Donna separa berbisik juga.

"Uish, cantik!" balas Eleanor sambil mengangkat ibu jarinya naik ke hadapan wajah Donna.

Laju kakinya melangkah turun tanpa berasa takut lagi.

"Mak Nah... Ooo Mak Nah..." panggil Eleanor lembut sambil mengintai ke ruangan dapur.

"El, kenapa tu-" terbuntang biji mata Zainah melihat pakaian Eleanor.

"Eh, nak pergi mana ni El? Cantiknya! Nak kiamat ke ni?" soal Mak Nah dengan wajah takutnya. Tidak pasti betul-betul takut atau sekadar ingin memerli dirinya.

"Teruk sangat ke pakaian El selama ni Mak Nah?" Mengecil mata Eleanor memandang Zainah atau lebih mesra di sapa Mak Nah itu. Sudah lebih 20 tahun Mak nah berkerja di rumah agam keluarga Eleanor dan menjaga Eleanor sedari kecil. Sudah Eleanor anggap seperti ibunya sendiri.

"Tak adalah, selama ni kan El pakai seluar, pakai skirt, jarang sangat lah El nak pakai baju kurung ni. Lagi pun El sendiri yang cakap El akan pakai baju kurung waktu Tan Sri meninggal je," balas Mak Nah perlahan seperti berbisik.

Tertawa kecil Eleanor. Ingat pula orang tua ni dengan apa yang aku cakap dulu.

"Nak tunggu daddy meninggal macam lama sangat lagi. Orang jahat kan selalu lambat mati," jawab Eleanor selamba sambil tangannya mengambil seketul popia di atas island table di ruangan dapur kering itu.

"Tak baik cakap daddy macam tu El. Nak tak nak, dia daddy El juga... ingat tu," nasihat Mak Nah.

"Hmm, iya lah Mak Nah."

"Nak pergi mana ni? Office ke?" soal Mak Nah lagi.

"El nak pergi majlis tunang kawan El. El, jadi tukang make up dia."

"Kawan mana? Aryssa ke?"

"Ha'ah, siapa lagi. El bukan ramai kawan pun," jawab Eleanor sambil mengambil lagi seketul popia.

"Alahai, nak bertunang dah dia. El bila lagi?"

"Ish, dengan kawan perempuan pun daddy dah mengamuk tak suka, ni kan pulak kawan lelaki. Mak Nah doa je lah El ni tak jadi anak dara tua macam Winda dengan Donna," bidas Eleanor sambil mengerling ke pintu dapur.

Sengaja dipetik nama dua orang gajinya itu. Ingat dia tak nampak ke dua ekor tu duk memasang telinga mendengar perbualannya bersama Mak Nah? Amboi amboi!

"Mak Nah, tengok Cik El ni! Dia kutuk kita orang!" Laju Winda dan Donna mengadu.

Eleanor mengelap tangannya pada tisu sambil menjelir lidahnya pada kedua orang gajinya itu sebelum mencium tangan Mak Nah dan berlalu keluar dari dapur.

"Betul lah apa Cik El cakap. Memang korang anak dara tua pun," balas Mak Nah malas melayan.

*****

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now