HANLEA - BAB 14

3.3K 143 5
                                    

Berhenti Aihan di tepi lorong yang tidak lah sunyi dan tidaklah meriah itu. Tidak berniat untuk turun dari motosikalnya.

Mata hanya memerhati sekeliling.

"Psst, awak. Sini ada apa? Macam dark vibe je dekat sini," ujar Eleanor perlahan di tepi Aihan. Terpaksa merapatkan kepalanya pada kepala Aihan kerana kedua-duanya pun wajah ditutupi full face helmet.

Risau pekak mamat ni tak dengar apa dia cakap.

"Sebab tu aku tak nak kau datang sini. Faham?" balas Aihan.

Eleanor mengangguk-angguk.

"Awak cari apa?" soal Eleanor.

Sipi sahaja Aihan memandang gadis yang masih duduk di motosikal bersebelahan dengannya.

Tadi kata tak nak masuk campur. Mulut potpet potpet jugak awek ni.

"Sorang student aku, dia selalu merayap ke sini. Lepas tu heboh dia kata dia nampak mak sorang lagi student aku dekat sini jugak. Aku tak ada lah nak tengok mak budak tu. Aku nak tengok student aku yang merayap tu. Kalau aku nampak muka dia dekat sini lagi, siap lah," bebel Aihan.

"Uuu, garangnya. Rawr!" usik Eleanor dengan gaya harimau comelnya. Tergelak Aihan. Helmet di kepala Eleanor diketuk perlahan. Geram pulak budak ni.

"Tapi, awak rasa betul ke apa yang student awak nampak tu? Mak student awak yang lagi sorang tu, kerja dekat sini ke?" tanya Eleanor lagi.

Aihan menjungkitkan bahunya.

"Awak kenal ke muka mak student awak tu?'

"Kenal. Pernah jumpa waktu perjumpaan dengan parents hari tu."

"So, kalau betul mak dia ada dekat sini, awak boleh cam lah kot?"

Sekali lagi Aihan menjungkitkan bahunya.

Berkerut dahi Aihan memerhati satu figura wanita yang hanya memakai baby shirt bersama skirt pendek separas peha berwarna hitam sedang berdiri di luar kelab.

Tidak sampai beberapa minit, kelihatan sebuah kereta mewah hitam berhenti betul-betul di hadapan wanita itu sebelum wanita itu memasuki perut kereta tersebut.

Terpasak mata bundar Eleanor pada kereta hitam yang baru sahaja mula bergerak keluar dari lorong tersebut.

'Tak mungkin. Nombor plat tu... Tak mungkin!' jerit Eleanor dalam hati.

Enjin motor dihidupkan dan terus Eleanor mengekori kereta tersebut. Terpinga-pinga Aihan melihat Eleanor yang sudah jauh meninggalkannya.

'What are you doing Lea?' bisik hati Aihan.

Tidak sampai 15 minit, sampai mereka di kawasan hotel mewah bertaraf 5 bintang di tengah Kuala Lumpur itu.

Eleanor pantas mencari parkir di kawasan sekitar.

Helmet dibuka dan terus dia meluru ke arah lobby hotel.

Tangannya sempat dicapai Aihan.

"Kau nak buat apa ni Lea?!"

"I need to know something Han. Awak duduk dekat lobby ni sekejap."

"Kau nak tahu apa?" soal Aihan keras.

"Saya nak check--" Tidak sempat dia menghabiskan kata-kata, melekat matanya pada tubuh lelaki yang amat dikenalinya bersama wanita seksi dari lorong tadi.

Menggeletar rasa tubuhnya melihat kemesraan pasangan itu.

"Daddy--" terketar-ketar bibir Eleanor tidak boleh menerima kenyataan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now