Menuju mereka semua ke arah kafe di universiti itu selepas selesai majlis graduasi. Puas Aihan memujuk Eleanor yang menangis tidak berhenti selepas kepulangan Tan Sri Emran dari menjenguknya bergraduasi.
Mengongoi Eleanor di dada Aihan sehingga basah baju suaminya itu. Aryssa mengusap-usap belakang Eleanor cuba menenangkan rakan baiknya itu.
"Lea, jom kita makan. Kau mesti lapar, baby mesti lapar... jom?" Ajak Aryssa lembut.
Menoleh Eleanor pada Aryssa lalu mengangguk.
"Haih kau ni, sebut makan je terus berhenti menangis. Kalau tahu, aku sebut awal-awal tadi," gumam Aihan.
"Aw—awak, basah dah baju awak," ujar Eleanor masih tersedu sambil mengusap baju Aihan yang sudah basah dek air matanya. Sensitif betul dia sejak mengandung ini. Mudah sahaja ingin merembeskan air mata.
"Tak apa manja, jom kita pergi makan dulu."
Aihan merangkul bahu isterinya dan mula mengekor langkah yang lain menuju ke kafe.
Puas mereka bergelak ketawa di meja makan berkumpul bersama.
Tidak habis-habis Eleanor tersenyum sambil disuap makan oleh Aihan. Buat hatinya bertambah gembira lagi apabila Ku Adlee menawarkannya untuk bekerja di KR Builders milik lelaki itu.
Lamanya dia sudah tidak bekerja. Terasa rugi dia belajar berpenat lelah mengambil ijazah secara separuh masa. Ayahnya pula tidak membenarkannya bekerja di Emerald.
Tetapi rezeki datang bergolek apabila ditawarkan jawatan di KR Builders oleh birasnya.
"Thank you Han izinkan saya kerja," senyum Eleanor sambil mengusap pipi Aihan.
"Apa-apa yang boleh buat kau happy, aku tak kisah manja. Janji kau pandai jaga diri, pergi kerja ingat sikit kau tu bini orang, jangan main mata dengan lelaki lain, jangan pakai seksi-seksi lagi macam sebelum ni, no more skirt atas lutut, no more baju tak ada lengan. Faham?" Bebel Aihan.
"Awak, saya dah tak pakai baju-baju tu sejak kenal awak tau! Saya dah suruh Mak Nah sedekah je baju-baju tak cukup kain tu," bisik Eleanor.
"Kenapa dah tak pakai seksi dah lepas kenal aku?" Tanya Aihan.
Dibetulkan rambut Eleanor yang terjuntai di dahi. Tidak pedulikan yang lain sedang rancak berbual sesama mereka.
"Malu dengan awak."
Terangkat kening Aihan.
"Kenapa?"
"Tak tahulah, sebab saya suka awak kot. Saya jadi malu jadi perempuan entah apa-apa depan awak. Kalau saya macam tu lagi, rambut warna merapu, mesti awak tak nak saya," juih bibir Eleanor.
Tergelak kecil Aihan.
"Habis, kau dah tak warna rambut tu, sebab aku ke?" Mengangguk Eleanor.
"Saya malu dengan umi juga. Nanti kena reject jadi menantu," bisik Eleanor tidak mahu Sofiyah dan Kamilah yang duduk berdekatan dengannya mendengar perbualan mereka.
Tersenyum Aihan mengusap rambut Eleanor.
"Kalau dah ditetapkan kau jodoh aku, kau macam mana pun mesti aku tertarik dengan kau manja. Tapi tak apalah, elok juga kau rasa malu tu. Kan nampak elok sekarang pakai baju longgar-longgar. Selesa pun selesa—"
"Abang!" Terdengar jeritan kecil kakaknya Aryssa yang duduk di hadapan mereka. Terhenti perbualan Eleanor dan Aihan.
"Kenapa baby?" Soal Ku Adlee panik.
"Basah... Aara kencing ke?"
"Kencing?" Laju Ku Adlee menunduk ke bawah meja. Menitik-nitik air turun dari kain Aryssa meleleh ke lantai kafe.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romantizm2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...