HANLEA - BAB 31

3.5K 165 5
                                    

Menggigil Eleanor mendengar alasan bapanya itu.

'Jadi, sebab itu ke hidup dia dikawal ketat oleh Emran? Sebab itu ke dari kecil bapanya mengongkong dia dari segala aktiviti luar?' Eleanor tergelak sinis.

"You yang trauma tapi I yang kena hadap baran you selama ni. I yang kena kongkong, I yang kena pukul. Salah I ke fizikal I macam dia? Salah I ke daddy?" Soal Eleanor lirih. Diam Emran tidak menjawab.

"Betapa gelapnya hidup I selama ni. Dari kecil I tak nampak dunia luar, I tak ramai kawan. Sekolah jangan cakap lah. I sorang-sorang daddy. Sorang pun tak nak kawan dengan I sebab you! You guna kuasa veto you untuk suruh semua orang tak kawan dengan I. Dah masuk universiti, pun you buat macam tu jugak. I tak boleh berdikari duduk asrama, pergi kelas, habis kelas on the dot terus balik rumah. Apa aktiviti dekat U, I tak boleh join. You guna lagi kuasa you dekat management minta I dikecualikan. Bila I dah start kerja, setiap hari you control jadual I, I dah sambung belajar, I kawan dengan Aryssa, you marah dia. You tengking dia. Tapi nasib baik dia keras kepala macam I. Tak peduli dengan ugutan you. Sepanjang I hidup, dia je kawan I daddy!" Luah Eleanor sebal.

"Lepas tu, I nak kawan dengan Arif Aihan, you halang. You tuduh I macam-macam. Sedangkan you dah buat lebih teruk dengan perempuan simpanan you. You tak rasa ke yang you dah melampau daddy?" Naik turun nafas Eleanor menghamburkan segala yang tersirat di dalam hati. Segala rasa yang dipendam selama ini.

"And then, you expect I hormat you? You expect I akan faham dengan masa lalu you dengan mummy? No, I tak nak faham. Tu masa lalu you, I tak ada kena mengena!" Bentak Eleanor.

"Tak ada kena mengena? Jangan merepek El. Dia nak bunuh you!!!"

"Hidup I dah lama mati. I don't fucking care–"

"Lea..." Aihan menegur bahasa Eleanor.

Terhenti bicara Eleanor. Terlupa dia akan kehadiran Aihan di belakang.

"Sorry."

Terkedu Emran melihat Eleanor yang mendengar kata. Tetapi mendengar kata lelaki itu, bukan dia. Terasa bagai disiat hatinya. Betul kata Mak Nah, anaknya lebih dekat dengan orang luar berbanding dirinya. Lebih mendengar kata orang luar dari dirinya sendiri.

Keluh panjang Emran.

"You je keluarga yang I ada El. Kalau you mati, buat apa I hidup lagi. I have nothing then..." ujar Emran sayu. Direnung ke luar pintu balkoni yang terbuka itu.

Terdiam Eleanor.

"Then why you treat me like this..." teresak-esak Eleanor berdiri di tempatnya.

"For your own good El. I tak nak usaha I protect you selama ni sia-sia. Tolong lah jauhkan diri dari Leone and Ean. Diorang berdendam dengan darah daging diorang sendiri. Berdendam dengan darah daging ni lebih bahaya dari seribu musuh you di luar," pesan Emran perlahan.

"No. With mummy mungkin I akan cuba elakkan diri dari dia. But with Ean, no i will not. He's my brother. Dia macam El. Dia tak salah. Dia yang protect El dari jumpa mummy and lelaki tu. Dia yang selamatkan El. Dia tak pernah bersekongkol dengan mummy," jelas Eleanor.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now