Melangkah Eleanor dengan penuh gaya ke dalam ruangan lobby pejabat mewah milik bapanya. Dikibas rambut yang tadinya terikat ketika menunggang motosikal.
Dikerling jam di tangan, tepat 9 pagi dia sampai. Bangga dengan diri sendiri. Walau dia anak kepada pemilik syarikat, waktu kehadirannya di pejabat tidak pernah merah.
Sampai sahaja lif di tingkat pejabatnya, terperanjat Eleanor dengan letupan confetti betul-betul di hadapannya ketika lif terbuka.
"Happy Birthday Cik Elea! Woot woot!" jerit serentak semua staffnya yang sudah berkumpul di hadapan lif menanti ketibaannya.
Tersenyum lebar Eleanor menepuk tangannya gembira.
"Eii! Thank you! I pun lupa birthday I hari ni! Thank you semua!" ucap Eleanor teruja.
Pantas Vivy memeluk dirinya gembira.
"Nah hadiah dari kitorang untuk our beloved Cik Elea! Sorry kalau tak seberapa," ujar Vivy lalu menghulurkan kotak kecil yang sudah berbalut cantik itu kepada Eleanor.
"Now, jom kita makan. Kitorang dah prepare breakfast semua favourite food Cik Elea!"
"Serius? Nak nak! I lapar dah ni."
Ramai-ramai mereka menuju ke pantry yang telah dihias cantik dengan dekorasi hari jadi. Makanan dan minuman penuh bersusun di kaunter pantry.
"Uuu, macam-macam ada, mana satu I nak makan dulu ni," tertelan air liur Eleanor melihat popia goreng, karipap, kuih cara berlauk, pulut panggang, bihun goreng, puding truffle, pavlova, nasi minyak?!
"Mak aih, nasi minyak pun ada. Ni bukan breakfast, sampai malam pun boleh makan ni," ujar Eleanor sambil tangannya mula mencapai kuih cara berlauk. Dia memang gemar kuih-kuih kampung. Dari kecil dia sudah diperkenalkan dengan kuih kuih tradisional kerana dahulunya Mak Nah adalah seorang penjual kuih di kampung.
"Sambil kerja sambil makan lah Cik Elea, macam tak biasa," gurau Aiman.
"Betul jugak tu. Tak payah keluar lunch hari ni. Thank you celebrate my birthday! I appreciate it," senyum semua staff di situ dan mula masing-masing mengambil piring untuk menjamu selera.
Melihat karipap, teringat dia pada seseorang. Laju tangannya mengambil gambar dan terus dihantar pada lelaki itu.
- Awak, tengok karipap, auto teringat
dekat awakHan
- Kenapa pulak tu?- Siapa nak buangkan inti karipap saya 😩
Han
- Sebelum jumpa aku pandai pulak kau
buang sendiri inti tu. Mengada eh?- Dah tak biasa buang sendiri~
Tergelak Aihan dengan alasan Eleanor. Pagi-pagi dah hiburkan hati.
Eh?
Merepek apa kau ni Han. Laju kepala digeleng-gelengkan.
Tiba-tiba datang lagi gambar.
Kali ini Eleanor berkongsi gambar candid gadis itu sedang meniup lilin di atas kek. Walaupun gadis itu ringkas mengenakan loose suit berwarna merah jambu lembut dan rambut diikat ponytail sahaja, tetap kelihatan cantik di matanya.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romance2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...