Pulang sahaja Aryssa dari kerja, melulu dia masuk ke dalam rumah mencari seseorang.
"Balik dah Aara sayang? Han tak balik lagi Aara," ujar Sofiyah. Tersenyum melihat anak daranya terintai-intai di dalam bilik anak lelakinya Aihan.
"Ala, Aara baru nak ajak Han shopping sekejap," memuncung bibir Aryssa.
"Assalamualaikum." Kedengaran Aihan memberi salam sambil menanggalkan kasut di muka pintu.
"Wa'alaikumussalam. Ha, tu Han dah balik Aara," beritahu Sofiyah sebelum berlalu ke dapur.
"Han handsome!" Meluru Aryssa ke arah Aihan dengan wajah ceria.
"Nak apa Aara sayang? Kau kalau puji-puji aku ni mesti nak apa-apa," mengecil mata Aihan melirik pada Aryssa. Bahu kakaknya dipaut lembut.
"Jom teman aku beli baju untuk pengapit aku boleh?"
"Kenapa tak beli esok je lepas kau habis kelas?" tanya Aihan.
"Aku nak bagi Lea esok. Weekend ni je pun dapat jumpa dia sebelum aku nikah next week. Please, please!" rayu Aryssa.
"Pengapit kau nanti, aku dengan Lea ke?"
Aryssa mengangguk laju.
"Tunggu kejap aku mandi," ujar Aihan sambil mengusap kepala Aryssa yang jauh lebih rendah darinya.
*****
"Han, yang ni cantik tak?" soal Aryssa sambil tangannya menayang satu baju kebaya berwarna champaigne. Berpeluk tubuh Aihan merenung baju tersebut. Cuba membayangkan baju itu di tubuh Eleanor.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romance2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...