HANLEA - BAB 55

3.7K 140 4
                                    

Tersentak Eleanor dengan kenyataan yang keluar dari mulut bapanya itu. Jujur dia tidak terfikir akan hal itu. Tetapi tetap dia tak berpuas hati kerana dituduh melulu.

"You ni dengan Leone memang tak ada beza. I want my daughter! Bukan Leone!" Bentak Emran lalu melepaskan baju Eleanor kasar sehingga terjelepuk dia jatuh ke lantai.

"Emran! Astaghfirullahalazim!" Meluru Harlina ke arah Eleanor dan membantu wanita itu untuk kembali berdiri.

"I'm your daughter! Kenapa you tak boleh terima diri I macam mana orang lain terima I?! Apa yang I buat semua salah dekat mata you! You benci sangat tengok muka I ni sebab muka ni macam muka mummy? You nak I buat apa supaya I boleh dapat rasa kasih sayang you?! Elok simbah je lah acid dekat muka I. Biar hilang terus wajah mummy ni kalau itu yang boleh buat you hilang rasa benci dekat I!"

Pang!

Hampir jatuh Eleanor akibat tamparan yang diberi Emran tetapi sempat dia berpaut pada sofa berdekatan. Menggeletar seluruh tubuh Eleanor menahan pedih di pipi.

Susahnya dia ingin merasa kasih sayang dari bapa sendiri.

"Emran stop!!!" Jerit Harlina kuat di hadapan wajah Emran.

"Mana sabar you ni Emran?!" Jerkah Harlina sambil menujal dada Emran geram.

"Lea!" Berlari Aihan menuju ke arah Eleanor yang sedang berpaut pada sofa sambil memegang pipi. Kelihatan cecair merah mengalir keluar dari tepi bibir Eleanor.

"Daddy! Saya cakap apa sebelum ni dekat daddy?! You touch her, I kill you—" mendatar suara Aihan menuju tepat berdiri di hadapan Emran.

Tangan dikepal kuat membentuk penumbuk. Masing-masing bersabung mata tidak mahu kalah.

"Why you hate me so much daddy..." soal Eleanor lirih. Teresak-esak Eleanor menghamburkan tangisnya.

"Kenapa you tak boleh tanya I baik-baik? Kenapa you berkeras dengan I... benda ni buat I terfikir, you benci semua yang ada dekat I. Kalau I give birth, anak I pun you benci ke?"

"Lea... jangan cakap macam tu," pujuk Aihan.

Berpusing dia pergi ke arah isterinya yang sudah tersedu-sedan menyapu air mata. Niatnya ingin menumbuk wajah bapa mertuanya itu dibatalkan. Rasa kasihannya pada Eleanor jauh lebih tinggi dari rasa amarahnya pada Emran.

"Sa–saya nak balik..." pinta Eleanor pada Aihan.

Dipeluk tubuh Eleanor bagi menenangkan isterinya dahulu.

"Apa pun Lea buat, you dah tak ada hak untuk pukul dia daddy. How many time I must remind you?" Soal Aihan sambil dia mengusap belakang tubuh Eleanor.

"She's too much!"

"You can ask her nicely!" Bidas Aihan.

"Bini you ni cakap lah macam mana pun, dia tak kan dengar cakap I. Sebab tu elok lempang je baru dia sedar!"

"She's pregnant you bastard!" Jerkah Aihan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now