HANLEA - BAB 62 (TW)

3.7K 151 17
                                    

Trigger Warning

15 minit sebelum.

Najmi keluar dari tandas. Sempat dia memerut sementara Leone bertelagah bersama anaknya Eleanor. Terus dia menapak ke arah Leone yang sedang mencekik anak perempuannya sehingga pengsan.

"You, jangan bunuh lagi. Bagi dia mati slow slow baru syok," ujar Najmi tersengih puas.

"Konon surat terakhir dari perempuan ni you dah siapkan?" Tanya Leone lalu bangun dia dari tubuh Eleanor yang sudah pengsan itu.

"I dah print. Kalau tulis, nanti orang dapat trace tulisan."

Najmi menghulurkan sehelai nota kecil kepada isterinya lalu bertinggung dia di sebelah Eleanor. Diusap pipi Eleanor lembut.

'Cantik, sebiji muka Leone waktu muda dulu,' bisik hati Najmi nakal.

Leone membaca nota terakhir yang akan mereka tinggalkan bersama Eleanor di rumah itu.

"I can't live anymore. I can't... I'm sorry..."

"Pendeknya ayat you," komen Leone tidak berpuas hati.

"Tak ada masa lah nak fikir," balas Najmi dan terus bangun.

"Lepas anak you ni mati, tinggal Emran je kita nak bunuh. Then, you boleh tuntut harta ex you tu atas nama Ean. Lepas tu kita gunakan Ean okay baby?"

Mengangguk Leone tersenyum.

"Puas hati I tengok budak ni sakit. Lagi puas kalau dapat tengok dia mampus kejap lagi. Nak bagi dia ni mati dekat mana?" Tanya Leone sambil tersenyum sinis memandang wajah pucat Eleanor yang terbaring kaku.

"Ruang tamu. Dekat sofa tu. Nanti suami dia balik, suppp! Terus mata dia nampak wife dia dah tersandar mampus." Balas Najmi ketawa berdekah.

"Eii, jahat jugak you ni kan? Hmm, you dukunglah dia pergi dekat sofa tu. Larat ke?" Tanya Leone sambil bercekak pinggang.

"Apalah sangat budak kurus ni," ujar Najmi sambil dia mencempung tubuh Eleanor dengan mudah dan diletakkan di sofa.

Sekejap-sekejap Leone mengerling jam di tangan. Mengharap suami anaknya ini masih di tempat kerja. Puas dia mengekori Najmi mengintip pergerakan Eleanor sejak seminggu yang lepas.

Segala aktiviti anaknya itu dia dapat lihat sehinggakan mereka dapat mengagak waktu kerja Aihan dari awal pagi sehingga petang. Setelah yakin, baru mereka melancarkan misi untuk membunuh Eleanor tetapi dengan cara seperti anaknya itu membunuh dirinya sendiri.

Tersedar Eleanor terbatuk-batuk lemah.

"Aww, dah bangun mon bébé?" Tegur Leone lalu duduk di sebelah Eleanor yang sedang tersandar di sofa itu lemah.

Terpasak matanya pada tangan Eleanor yang asyik memegang bawah perutnya sambil berkerut. Leone mengusap perut Eleanor. Terangkat keningnya.

"Honey, jackpot! I guess, she's pregnant! Aww, so sweet... both of you can go to heaven together mon bébé," ketawa Leone kuat sehingga bergema ke seluruh ruang rumah itu.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now