Mencicit Sofiyah berlari dari dapur menuju ke pintu rumahnya apabila terdengar sayup suara orang memberi salam. Pelik juga dia dan Nek Mi apabila tiada yang menyambut salam di ruang tamu sedangkan mereka tahu Aihan dan Eleanor berada di situ.
"Hafiz, Munira, meh masuk. Sorry lah umi jauh dekat dapur tak berapa dengar orang bagi salam. Umi ingat Han dengan Lea ada dekat ruang tamu," ramah Sofiyah menyapa tetamu yang baru tiba itu.
"Eh, tak apa umi, kitorang pun baru 2 kali laung salam," sengih Hafiz. Sopan Munira menghulur tangan untuk bersalam dengan Sofiyah.
"Masuklah, umi panggil Han dengan Lea sekejap. Ada dekat bilik agaknya," ujar Sofiyah sambil memberi laluan pada Hafiz dan Munira untuk masuk ke dalam.
Tidak sempat Sofiyah ingin menuju ke bilik anak menantunya, terdengar Hafiz bersuara.
"Umi, dekat sini ha Arif dengan Lea."
"Aik?" Berpatah balik Sofiyah ke ruang tamu dan terus menepuk dahi melihat Aihan dan Eleanor berpelukan tidur di sofa.
"Tak perasan langsung umi! Ya Allah budak berdua ni. Sorry ya Hafiz, diorang ni kalau duduk berdua, memang macam belangkas–Han, Lea bangun sayang sayang ku, Hafiz dengan Munira dah sampai ni. Jangan buat tak malu dekat tetamu," kejut Sofiyah sambil mencuit-cuit bahu Aihan.
"Umi, jangan kacau Lea lah, dia nak tidur," mamai Aihan.
"Han-dekat-ruang-tamu-bukan-dalam-bilik," sebutir-sebutir perkataan yang dikeluarkan Sofiyah sambil menampar-nampar bahu Aihan geram.
"Tak apa umi, penat sangat tu nampaknya. Salah timing lah kitorang pun," ujar Hafiz tergelak bersama Munira.
Terus terangkat kepala Aihan berkerut dahinya mendengar suara yang tidak asing di telinganya.
"Pis! Aduh, aduh..." menyeringai Aihan menahan pedih di belakangnya.
"Awak, kenapa? Sakit ke?" Terus terbangun Eleanor dari lelapnya yang tidak sampai 10 minit itu.
"Ngilu sikit manja," jawab Aihan dan terus duduk diikuti Eleanor.
Sempat lagi Aihan membetulkan rambut Eleanor yang sedikit serabut akibat tidur tadi.
"Kena comel comel, kawan kau dah sampai tu,' ujar Aihan dengan bibir muncung menunjuk ke arah Munira.
"Moon!" Terus sahaja Eleanor menerpa ke arah Munira yang sudah mendepakan tangan untuk berpelukan.
Erat tubuh Eleanor didakap Munira. Tiada sepatah ayat pun yang keluar dari mulut Munira tetapi dakapannya beserta usapan di belakang tubuh Eleanor sudah cukup menenangkan jiwa Eleanor.
"Sihat dah Lea?" Soal Munira lalu duduk mereka di sofa itu. Mengangguk Eleanor tersenyum.
"Sihat dah Alhamdulillah... lama dah kita tak borak kan. Rindu pulak!" Senyum Eleanor.
"Eh, awak dengan Hafiz tunggu sekejap tau. Saya tengok umi dekat dapur sekejap," berlalu Eleanor ke dapur.
Senyum sahaja Aihan memandang isterinya sedari tadi.
"Macam orang angau lah Arif ni, dari tadi mata tu tak lepas dari Lea," tegur Munira.
"Angau dengan bini pun tak boleh ke?" Tanya Aihan tidak berpuas hati.
"Boleh, tapi kalah pengantin baru kau punya angau tu," balas Hafiz.
Terjuih bibir Aihan pada kawan baiknya itu.
"Berapa hari dia murung. Dia tak macam dia yang aku kenal... hari ni baru lah aku dapat balik bini aku, mana tak angau. Rindu gila rasa dekat dia," senyum Aihan kelat.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
عاطفية2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...