HANLEA - BAB 52

3.9K 146 5
                                    

Usai solat Isyak, keluar Eleanor dari bilik tidur menuju ke ruang tamu. Lama juga dia berbaring di sejadah selepas solat, terasa letih seluruh tubuh badannya. Makan cekodok bersama Nek Mi dan umi petang tadi bukan main lagi tak ingat dunia. Berselera betul dia dapat makan cekodok hasil tangan ibu mertuanya itu. Nasi pun dia tidak pandang. Entah kenapa dia tidak berselera dengan nasi berlauk.

"Umi, ayah tak balik lagi?" Tanya Eleanor sambil matanya mengerling jam di dinding. Sudah pukul 9 malam.

"Ayah ada operasi malam Lea. Selalu pukul 3 atau 4 pagi baru dia sampai rumah. Lea tak nak tidur lagi ke?" Eleanor menggeleng kepalanya.

"Petang tadi dah tidur, tak rasa mengantuk pulak Lea. Umi tengok cerita apa ni?" Tanya Eleanor lalu melabuhkan punggung di sebelah Sofiyah.

"Umi nak tengok cerita Turki ni. Handsome hero dia Lea."

"Iye ke? Eh, ayah lagi handsome umi! Baby Han pun lagi handsome dari hero dia ni."

Tergelak besar Sofiyah.

"Ishh, apa panggil baby. Lea panggil Han baby ke?" Mengangguk Eleanor tersengih.

"Umi nak tahu, Han kalau tidur macam kucing tau. Comel sangat. Macam baby!"

"Ada-ada je lah Lea ni. Eh, sementara laki kita berdua tak balik lagi, jom umi bentang toto dekat depan ni. Kita baring dekat bawah tengok movie nak?" Cadang Sofiyah teruja.

"Nak nak nak! Umi, Lea buatkan roti bakar nak? Sapu kaya." Terus bangun Eleanor dari sofa ingin menuju ke dapur.

"Boleh ke tu Lea? Tak payah lah. Biar umi buat. Lea duduk je sini."

"Umi, biar Lea buat! Kalau tak, Lea merajuk dengan umi," memuncung bibirnya mengugut. Tergelak Sofiyah melihat wajah masam menantunya itu.

"Okay okay Lea buatkan. Hati-hati ke dapur tu," pesan Sofiyah.

"Umi, Lea pergi dapur je tau. Bukan naik gunung," bebel Eleanor sambil dia menuju ke dapur.

Pelik juga Eleanor apabila sehari ini bukan main risau Aihan dan umi pada dirinya.

'Sakit kepala biasa je, bukan main risau lagi anak-beranak tu," sengih Eleanor berkata di dalam hati.


Sofiyah membentangkan toto di hadapan televisyen untuk mereka berdua. Ditutup lampu utama dan membiarkan cahaya dari televisyen sahaja menerangi ruang tamu rumah itu.

"Wow, bestnya! Macam dalam panggung! Dah lamanya Lea tak pergi tengok wayang. Last pergi dengan Aryssa tahun lepas," ujar Eleanor teruja.

"Umi lagi lah, last pergi tengok wayang waktu mengandungkan suami Lea tu," balas Sofiyah.

"Umi! Lama sangat tu!"

"Dah ada anak mana sempat umi nak tengok wayang dengan ayah. Sibuk dah dekat rumah melayan nakal Han tu. Sebab Han lah umi dah tak nak mengandung lagi," ujar Sofiyah tergelak.

Duduk mereka berdua di atas toto sambil bersandar di kaki sofa. Mula mengunyah roti bakar yang dibuat Eleanor.

"Han nakal ke umi?" Tanya Eleanor. Teruja pula ingin tahu perangai suaminya ketika waktu kecil.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now