Masuk sahaja Eleanor ke dalam bilik, terus dia diasak soalan dari Emran.
"You pergi mana dengan Rafiq lepas balik tadi?! Sekarang baru nampak batang hidung you!"
Berkerut dahi Eleanor.
"Pergi mana apa you ni? Diorang balik, I pun balik lah. I singgah kedai beli makanan," jawab Eleanor.
"Pukul 8 baru sampai rumah, syok lah sekarang dah ada boyfriend belakang I?!"
"Apa benda you ni daddy? Jangan merepek lah!" bidas Eleanor. Mula rasa meluat dengan tuduhan-tuduhan dari bapanya itu.
"Depan-depan I dia panggil you darling tu apa?!" jerkah Emran sambil mencekak collar kemeja Eleanor sehingga terundur tubuh Eleanor melekap ke dinding. Kuat cengkaman tangan Eleanor pada tangan Emran.
"Kitorang tak ada apa-apa lah daddy! Dia sengaja panggil I darling! Bukan ada apa-apa pun!" bidas Eleanor lagi.
"Jangan nak membongak! Dah rasa besar sangat nak bercinta? Semua lelaki tak boleh percaya lah El! Tak ada yang berniat baik pun dekat you! Semua nak ambil kesempatan!" pekik Emran lagi.
Terpejam-pejam mata Eleanor menahan bingit suara bapanya.
"Semua lelaki tak boleh percaya? Including you daddy?" soal Eleanor sinis.
"Yes! I lelaki, I tahu apa yang ada dalam kepala lelaki!"
"So, you rasa semua lelaki otak macam you? Semua lelaki kaki pukul macam you? Semua kurang ajar macam you? Semua kaki mabuk macam you? Which one Tan Sri Emran?!" jerit Eleanor hilang sabar.
Panggg!!!
Bergema bunyi tamparan Emran pada anak perempuannya itu. Terpusing kepala Eleanor sehingga terjatuh tubuhnya ke lantai. Disentuh hujung bibir yang terasa perit. Air liur bercampur darah hasil tamparan Emran ditelan kesat.
"You kata you buat semua ni sebab you sayangkan I. Sebab I satu-satunya anak yang you ada. Pewaris you. Tapi I tak rasa semua yang you buat ni, hasil dari kasih sayang you," ujar Eleanor kembali berdiri menghadap Emran.
"Kadang-kadang I bersyukur, mummy meninggal awal. Kalau dia ada lagi, tak tahu apa jadi dekat dia. Entah lunyai kena belasah dengan you-" Tidak sempat Eleanor menghabiskan ayat, pipi kirinya pula menjadi sasaran tamparan Emran.
"Keluar! You sebut pasal mummy lagi-" Terhenti kata-kata Emran. Naik turun dadanya menahan rasa marah.
Berpaling lelaki itu terus menuju ke arah bilik air mewah yang sedia ada di dalam bilik tidur itu. Pintu ditutup dengan kuat.
Bergerak perlahan Eleanor keluar dari bilik menuju ke arah tangga untuk turun ke biliknya di tingkat dua.
Terasa nafasnya sesak. Dada bagai dihimpit benda berat.
Air mata turun dengan laju sehingga tidak sedar dia sudah tercungap-cungap mencuri nafas.
Terduduk Eleanor di tepi tangga sambil memukul dadanya kuat.
'Breath Elea, breath!!' jerit Eleanor di dalam hati.
"Cik El! Ya Allah!" Berlari Yahya ke arah Eleanor yang sudah pucat dan seperti kehilangan nafas.
"Donna! Mak Nah! Winda!" jerit Yahya meminta pertolongan.
Pantas semua keluar dari ruangan dapur menuju ke arah Yahya. Donna dan Winda meluru ke arah Eleanor yang sudah tersandar di tepi tangga.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romance2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...