HANLEA - BAB 65

3.7K 153 6
                                    

Sampai sahaja mereka di rumah Sofiyah dan Arian, meluru Nek Mi ke arah Eleanor yang baru sahaja turun dari kereta hitam Ku Adlee. Sedari awal Nek Mi menunggu di hadapan rumah Sofiyah apabila mengetahui Eleanor sudah mendapat kebenaran untuk keluar dari wad hari ini.

Dipeluk tubuh kurus Eleanor seeratnya.

"Nek Mi, Nek Mi rindu Lea eh?" Tergelak Eleanor apabila Nek Mi memeluk dan mencium pipinya bertalu-talu.

"Mestilah! Lama dah Lea tak balik sini. Nek Mi rindu nak dengar celoteh Lea!" Senyum Nek Mi memegang kedua belah pipi Eleanor.

"Ala, Nek Mi tak rindu Aara ke?" Aryssa menyampuk dari belakang Eleanor.

"Eh, Aara ada sekali? Aara bukan tengah pantang ke? Buat apa dekat sini?!" Bebel Nek Mi bercekak pinggang.

"Ala, lagi berapa hari je Aara nak habis pantang Nek Mi... kasi can lah sekejap," Aryssa mengenyit matanya pada Nek Mi.

"Nakal! Meh peluk Nek Mi!" Terus Aryssa memeluk Nek Mi dengan manja.

"Haa, dah jom masuk. Lea kena duduk, rehat," gamit Sofiyah pada Eleanor.

Terus sahaja Eleanor memeluk Sofiyah lalu mengikut langkah uminya masuk ke dalam rumah. Duduk dia di sofa bagi melepaskan lelah. Entah kenapa terasa letih tubuhnya. Tiada tenaga.

"Lea rehat ya. Umi nak masak dulu. Nanti kita makan," ujar Sofiyah.

"Lea tolong umi."

"Aara tolong umi." Serentak dua wanita itu ingin menuju ke dapur mengikut langkah Sofiyah.

"Eh, tak payah mengada! Dua-dua tengah pantang, tak payah nak mengada tolong. Biar Nek Mi je yang tolong!" Marah Nek Mi dimuka pintu dapur.

Terus sahaja Aihan meraih pinggang Eleanor untuk membawa isterinya kembali ke ruang tamu.

"Kau rehat je sayang, tak payah tolong umi. Nak kena cubit dia ni," bebel Aihan.

Didudukkan Eleanor ke sofa lalu Aihan menekan punat on pada alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen. Duduk mereka berempat di hadapan televisyen sambil berbual hal-hal santai.

Eleanor hanya mendengar. Jasadnya disitu, tetapi jiwanya entah di mana. Tertanya-tanya dia pada diri. Kenapa letih? Keinginan untuk berbual juga tiada.

"Han, sekejap tau saya masuk bilik sekejap..." Eleanor meminta izin pada Aihan sambil bangun dari sofa.

"Okay, manja. Nanti datang sini balik tau."

Mengangguk Eleanor.

Masuk dia ke bilik dan menutup daun pintu. Perlahan langkahnya menuju ke katil dan duduk di birai katil termenung.

'Kenapa Han nampak okay? Kenapa Han tak sedih? Han tak nak baby ke sebelum ni? Sikit pun dia tak sebut pasal baby...' soal Eleanor di dalam hati.

Terkilan dirinya apabila Aihan seperti tidak endah tentang kehilangan anak mereka.

'Aku je ke yang beriya nak anak sebelum ni?'

Jatuh air matanya tanpa sedar. Diusap perut kempisnya.

"Mummy rindu baby..." teresak-esak Eleanor menangis di birai katil.

Tidak kuat rasanya dia ingin menerima ujian ini. Puas dia menumbuk dadanya yang terasa sakit. Terasa berat dan sesak. Tidak tahu ingin meluahkan pada siapa rasa sedihnya itu. Dia tidak mahu beratkan fikiran suaminya, kawannya mahupun ibu mertuanya.

Sedaya upaya dia cuba mengawal emosi dan tidak menunjukkan kesedihan di hadapan mereka.

Terbaring Eleanor menekup wajahnya ke tilam meraung sepuasnya dengan harapan dapat leraikan rasa berselirat di hatinya ketika itu.


HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now