HANLEA - BAB 12

4.3K 172 15
                                    

"Awak, saya nak tukar baju kejap dekat toilet tau," beritahu Eleanor pada Aihan. Karang mencari pula mamat ni kalau aku hilang.

"Kenapa tak tukar dekat bilik persalinan Ad dengan Aara tadi? Tukar dekat situ lah. Selesa sikit. Jom."

Menurut Eleanor di belakang Aihan.

"Masuk. Kunci pintu. Aku dekat luar ni je," pesan Aihan. Eleanor mengangguk lalu masuk dan mengunci pintu.

"Lea..." Aihan memanggil dari sebalik pintu.

"Ya saya?"

"Kenapa kau tipu ayah kau?" tanya Aihan ingin tahu.

"Erm, dia tak suka saya bercampur dengan orang. Nak nak majlis-majlis macam ni. Terpaksa lah saya tipu dia kata saya ada kelas dua hari ni," balas Eleanor. Jaket berwarna putih disarungkan ke tubuhnya.

"Peliknya. Kenapa dia macam tu?"

"Soalan tu saya tak dapat nak jawab sebab saya pun masih mencari jawapan," balas Eleanor lalu membuka pintu bilik setelah selesai dirinya menukar pakaian.

"Oh ya, bila awak nak beli superbike? Jadi ke?" soal Eleanor.

Baru dia teringat akan hal itu. Teringin mahu mengajak lelaki ini ronda-ronda Kuala Lumpur berdua. Selalu juga dia meronda seorang diri bersama motor besarnya itu apabila bapanya outstation atau tidak bermalam di rumah.

"Dah beli. Esok lusa aku ambil."

"Beli tak ajak saya!" marah Eleanor. Memuncung bibirnya berjalan di sebelah Aihan.

"Buat apa ajak kau, bukan pakai duit kau pun..." balas Aihan.

"Saje lah nak ikut. Tu pun tak oyeh..." gumam Eleanor. Tersengih melihat wajah cemberut gadis di sebelah.

"Kenapa baru sekarang awak rasa nak beli motor Han?" soal Eleanor.

"Aku nak lepaskan Aara kahwin. Baru aku lega nak spend duit untuk diri aku."

"Susah payah Aara kerja nak lepaskan aku habis belajar sebelum ni. Jadi, bila aku dah senang, aku nak bahagiakan dia dulu. Apa dia nak, aku dahulukan, dia sambung belajar, aku tolong cover dia sikit-sikit. Niat nak balas jasa dia dulu. Ni dia dah kahwin, tanggungjawab aku dah lepas, baru aku fikir pasal diri aku pulak," tambah Aihan lagi.

Terhenti langkah kaki Eleanor. Aihan juga ikut terhenti. Pelik.

"Kenapa Lea?"

"Sweetnya awak Han. Kenapa saya pulak yang terharu!" balas Eleanor dengan kedua-dua tangannya memegang pipi yang terasa bahang.

Kali ini dia betul-betul rasa sudah jatuh hati dengan peribadi lelaki ini.

"Lah kau ni. Aku ingat kenapa. Jangan nak mengada lah. Cepat jalan, karang lambat kau balik," bebel Aihan. Kembali dia berjalan melangkah keluar dari dewan hotel.

"Mengada pun mengadalah. Saya tak pernah rasa orang care dekat saya macam tu. Saya happy untuk Ryss. Untung Ryss ada family penyayang," balas Eleanor tersengih.

"Kau tak ada adik-beradik?"

Eleanor menggeleng.

"Saya tumpang kasih sayang Mak Nah, kasih sayang helper helper saya dekat rumah. Tak apa lah. Macam tu pun saya dah bersyukur."

Lama Aihan merenung wajah gadis di sebelah. Nak ditanya perihal ibu bapa gadis itu, terasa kekok pula. Nanti lah.

Tidak semena-mena tangannya naik mengusap kepala gadis itu.

Bagai nak luruh jantung Eleanor. Berpaling dia menatap wajah Aihan yang sedang tersenyum memandangnya.

'Ya Allah, jatuh cinta untuk kedua kalinya!'

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now