"Manja, kau akan mengemas bila kau runsing ke?"
Diam Eleanor tidak menjawab. Terasa detak jantung Eleanor yang laju itu. Nafas Eleanor juga mula tidak teratur.
"Manja, mana ubat kau letak? Aku dah lama tak nampak kau makan ubat. Mana?"
Eleanor menggelengkan kepalanya laju.
"Saya nak rehat Han. Saya okay," Eleanor melepaskan dirinya dari Aihan dan terus menuju ke arah katil king mereka.
Menggigil tangan Eleanor menuang air putih yang sentiasa terletak di dalam bilik tidur mereka. Diteguk perlahan buat hilangkan rasa gemuruh.
"Lea, jangan degil. Makan ubat sayang, nanti tambah teruk," pujuk Aihan. Puas Aihan menyelongkar laci almari mereka.
Menggeleng-geleng Eleanor.
"Han saya tak nak makan ubat. I don't need that, please," rayu Eleanor.
Akhirnya jumpa ubat milik Eleanor yang tersorok di sebalik kotak barang kemas milik isterinya itu. Dikeluarkan sebiji dan terus menuang air pada gelas.
"Han, saya tak nak!"
"Nanti panik kau datang balik Lea, dengar cakap aku ni."
"Saya okay! Percayalah saya!" Lari Eleanor keluar dari bilik menuju ke bilik kerja mereka.
Tidak sempat Eleanor ingin menutup pintu bilik, pantas tangan Aihan menahan.
"Manja please..." pujuk Aihan.
"Kalau tak nak makan ubat sekarang, tak apa. Kejap lagi kau makan. Tapi sekarang calm yourself first, manja," lembut Aihan mencapai tangan isterinya yang menggeletar teruk itu.
Nafas Eleanor sudah tersangkut-sangkut. Puas dia menarik nafas tetapi masih rasa tersangkut di tekak.
Aihan memeluk tubuh isterinya lembut.
"Tarik nafas, hembus nafas... I'm here... kita makan ubat ya manja?" Pujuk Aihan lagi.
Eleanor menggeleng lagi. Teresak-esak dia di dada Aihan yang masih belum berbaju itu. Tidak sempat Aihan memakai baju selepas keluar dari bilik air. Sibuk memujuk si isteri.
"Kenapa tak nak makan sayang... sebelum ni kau okay je boleh makan ikut masa," tutur Aihan lembut.
"Saya takut..."
"Kau takut apa manja?"
"Saya takut sebab ubat tu saya tak boleh pregnant," ujar Eleanor lirih.
Terkedu Aihan. Dipejam matanya rapat. Berat keluhan dilepaskan.
"Siapa cakap manja? Doktor tak ada cakap apa-apa pun pasal tu..."
"Saya tetap tak nak. Sedikit sebanyak mesti ada effect dia pada saya..."
Lembut tangan Aihan mengelus rambut Eleanor.
"Kenapa kau tiba-tiba terfikir pasal tu manja?" Soal Aihan pelik.
Dilepaskan pelukan pada Eleanor setelah dirasakan isterinya sudah sedikit tenang. Matanya tepat merenung ke mata cantik Eleanor. Menanti jawapan.
"Saya nak baby... saya nak bagi awak baby... saya takut awak tinggalkan saya kalau saya tak boleh bagi awak baby..." Berjurai air mata Eleanor setelah meluahkan apa yang dirisaukan dari tadi.
"Ya Allah manja... kita dah pernah sebut pasal ni kan. Aku tak rushing pun manja... ni bukan urusan kita nak tentukan. Ni kerja tuhan," pujuk Aihan.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romantik2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...