HANLEA - BAB 38

4.2K 141 12
                                    

Awal pagi Aihan sudah ke pusat tuisyen dengan menunggang motor berkuasa tingginya. Sempat dia memesan pada Eleanor untuk mesej dia apa sahaja aktiviti dia pada hari itu di rumah memandangkan sepanjang hari ini Aihan tidak berada bersamanya sehingga lewat malam.

"Aku balik lewat hari ni. Maybe lepas pukul 10 malam. Banyak kerja dekat pusat tuisyen. Kau jangan nakal dekat rumah tau manja," pesan Aihan lalu mencium dahi dan hujung mata Eleanor.

Diusap-usap kepala Eleanor yang bertutup telekung itu. Tersenyum-senyum Eleanor memandang Aihan. Menikmati pemandangan indah di hadapannya.

"Dengar tak ni manja? Jiran bujang-bujang dekat depan tu fewit kau, jangan pandang. Faham?"

"Eeii, awak jealous. Comel sangat! Jealous tanda sayang tau!"

"Memang sayang lah. Habis tu kahwin buat apa gila," Aihan meluku manja kepala Eleanor.

Mengekor Eleanor bontot suaminya ke muka pintu rumah, dicium tangan Aihan lama sebelum mencium kedua belah pipi Aihan manja. Tersenyum Aihan sambil memakai helmet.

"Jangan lupa manja, apa-apa mesej. Nak ke rumah Nek Mi pun bagitahu," pesan Aihan lagi.

"Baik Yang Arif." Senyum Eleanor melambai Aihan dan terus menutup pintu rumah. Berjalan dia menuju ke dapur apabila melihat kelibat ibu dan ayah mertuanya yang sedang mula sarapan.

Baru sahaja dia tiba di dapur, kedengaran bunyi pintu ruang tamu terbuka. Berpusing Eleanor melihat gerangannya.

"Eh, ingat dah pergi–" tidak sempat Eleanor menghabiskan ayat, terasa badannya dirangkul erat oleh Aihan. Bibir ditindih lembut.

"Lupa nak kiss sini," ujar Aihan sambil jarinya menyentuh bibir merah Eleanor. Tersenyum nakal Aihan dan terus keluar dari rumah semula sambil memakai helmet kembali.

"Han!"

Ditoleh ke belakang. Terus membahang wajahnya apabila melihat Sofiyah dan Arian sudah tersenyum-senyum simpul di meja makan melihat adegan nakal di pintu dapur tadi.

"Eii! Malunya Lea!!!" Eleanor terjerit kecil.

"Alah, nak malu apanya, biasa lah tu. Meh sini duduk breakfast dengan umi ayah," pelawa Arian tergelak.

"Tak payah malu. Han memang macam tu. Suka tiba-tiba. Biasakan ye Lea. Sini, duduk sebelah umi, makan sekali. Han tadi tu tak nak makan la eh? Menonong je keluar tadi tu," tanya Sofiyah.

Melangkah Eleanor ke arah meja makan dan mula duduk di sebelah ibu mertuanya.

"Han tak nak breakfast. Dia ada kelas awal pagi ni. Nanti sakit perut dia kata," balas Eleanor. Disenduk nasi goreng ke pinggannya sedikit.

"Ayah kerja ke hari ni?" Tanya Eleanor.

"Tak kerja, tapi ada perjumpaan dengan team dari Langkawi. Tinggal lah korang berdua dekat rumah ye," balas Arian tersenyum.

"Tu lah. Tinggal kita berdua dekat rumah. Nak masak pun untuk kita berdua je Lea. Lauk pun dah habis. Tak sempat umi nak ke pasaraya," ujar Sofiyah.

"Umi, jom kita pergi supermarket nak? Lea jarang pergi beli barang basah dekat supermarket sebab selalu helper Lea belikan. Kita ajak Nek Mi nak? Lepas tu, kita terus makan dekat luar. Lea belanja!" Pelawa Eleanor teruja.

"Eh, Lea tak kerja, tak apa ke belanja umi dengan Nek Mi?"

"Takat belanja umi dengan Nek Mi, apa lah sangat umi," senyum Eleanor.

"Boleh ke abang? Sofi keluar dengan Lea dengan Cik Mi?" Sofiyah meminta izin pada suaminya.

"Boleh. Naik apa nanti tu?"

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now