HANLEA - BAB 32 💍

4.8K 147 2
                                    

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Eleanor Nadra Binti Emran Nor dengan emas kahwinnya bernilai RM1000.00 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Eleanor Nadra Binti Emran Nor dengan emas kahwinnya bernilai RM1000.00 ringgit tunai," lancar dengan sekali lafaz oleh Aihan sambil mengenggam kemas tangan Tan Sri Emran Nor yang kini sudah sah menjadi bapa mertuanya.

Eleanor yang berbaju kurung putih penuh dengan manik berkilau membuatkan lagi wajah putih bersihnya kelihatan berseri-seri. Rambut dirias rapi oleh Donna. Dihiasi pula dengan bunga-bunga kecil di atas kepala bersama veil.

Seronok Donna di sebelah yang juga cantik berbaju kurung berwarna merah jambu menemaninya di pelamin mini. Donna memeluk bahu Eleanor lembut lalu mengucapkan tahniah.

'Akhirnya, aku dah jadi isteri orang. Isteri Arif Aihan...' tersenyum simpul Eleanor memandang Aihan yang sedang ralit mengaminkan setiap doa yang dibaca imam.

Cukup dia tidak sangka dengan keberanian Aihan menyuarakan hasrat kepada Emran untuk memperisterikannya. Malah, mudah sahaja bapanya bersetuju. Jampi apa dia hembus dekat muka orang tua tu pun dia tidak tahu.

Tiba-tiba sahaja Emran mengarahkannya untuk mencari baju pengantin bersama Mak Nah sebulan sebelum majlis. Selama sebulan itu juga dia jarang berjumpa dengan Aihan melainkan betul-betul perlu sahaja untuk urusan pernikahan.

Dia juga diberitahu Emran, selepas sahaja mereka bernikah, dia akan digugurkan dari Board of Directors di Emerald Eng. Corp buat sementara waktu. Entah kenapa.

Bak kata bapanya, "Denda sebab lari ke France".

'Eleh! Tak heran pun. Dia sanggup tak kerja jadi suri rumah pada Arif Aihan!'

Tersentak dari lamunan apabila terasa rapat Aihan duduk di sebelahnya untuk menyarungkan cincin. Arian, Hafiz dan Ku Adlee sudah siap sedia berdiri berhampiran pelamin untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

"Hai husband saya," sapa Eleanor ceria.

Tersengih Aihan. Debar rasa di hati melihat wajah cantik Eleanor yang sudah sah menjadi isterinya.

"Hai manja," balas Aihan tersenyum. Jari lembut Eleanor diraih Aihan lalu disarungkan cincin ke jari manis isterinya itu.

Setelah itu, Eleanor pula meraih tangan kekar Aihan untuk menyarungkan cincin ke jari manis lelaki itu. Dicium lama tangan Aihan. Memberi peluang lensa kamera menangkap momen indah mereka.

"Han, cium Lea!" Jerit Arian, bapanya.

"Hah? Cium mana?" Tiba-tiba Aihan menjadi blur.

"Pffttt!" Tersembur Emran dengan soalan polos menantu.

"Soalan KBAT betul lah Cikgu Arif ni. Dahi lah dahi! Tempat lain tu sendiri-sendiri lah nanti. Halamak!" Jawab Hafiz geram.

"Oh, okay okay," balas Aihan. Ditarik dagu Eleanor merapat ke arahnya. Bibirnya lembut mengucup dahi licin Eleanor. Apabila semua berpuas hati dengan gambar mereka, Aihan melepaskan kucupan di dahi dan mencium lembut hujung mata kanan isterinya.

Tersenyum-senyum Eleanor dilayan sebegitu oleh Aihan.


*****


Kelihatan Emran dan Arian berbual santai di tepi kolam sambil menyisip air di tangan masing-masing. Acara nikah sudah hampir selesai, tetamu yg terdiri dari jiran terdekat dan saudara sebelah Aihan juga sudah hampir kesemuanya pulang.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now