HANLEA - SPECIAL CHAPTER 2 ✨

3.6K 134 3
                                    

Tekun Eleanor membaca proposal yang dibentangkan Zafri ketika mesyuarat tadi.

Mana yang tidak berkenaan, Eleanor potong. Mana yang perlu ditambah, Eleanor tulis di tepi kertas tersebut untuk tambahan info.

Ting!

Satu mesej masuk.

Pantas sahaja Eleanor mengambil telefon bimbitnya.


Han Baby
- Manja, kau balik macam biasa
ke hari ni?

- Kenapa baby?

Baby Han
- Aku macam nak jogging sekejap pukul 5
karang. Wanna join me sayang?


Terus Eleanor mengerling jam tangan berjenama Cartier di tangannya. 3 petang. Bibir diketap perlahan.

'Nak ikut!' Jerit Eleanor di dalam hati.

Dia betul-betul dambakan ruang masa untuk beraktiviti bersama suaminya.

Sejak kebelakangan ini, Aihan sering sibuk di pusat tuisyen pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Kalau sebelum ini jadual mengajar suaminya hanya pada Sabtu dan Ahad tetapi berselang minggu. Kali ini, setiap hujung minggu Aihan akan berada di pusat tuisyen meninggalkannya di rumah keseorangan.

Tuhan sahaja yang tahu betapa dia bosan dan rindu masa lapang dengan suaminya.

Eleanor menyemak helaian proposal yang sedang dia baca itu.

'Sempat ni habiskan,' getus hati Eleanor yakin.


- Nak ikut! Jangan tinggal saya please!

Baby Han
- Serius? Kau nak ikut sekadar nak makan
aiskrim or nak ikut berlari dengan aku?

- Does it matter baby? ☹️

Baby Han
- No, of course not. I'm just asking sayang.
Kalau nak ikut untuk makan aiskrim, aku
kena bawa duit sekali. Kurang-kurang RM100
juga nak bawa.

- Eii, perli saya ek? Disebabkan awak perli
saya, awak kena bawak RM200 ringgit. Saya
nak ambil aiskrim mahal kejap lagi!

Baby Han
- Aku okay je manja. Kau tu nanti dah lepas
makan aiskrim, sibuk berzikir dekat telinga
aku kata gemuk, gemuk. Ajak jogging tak
nak 😑

- Baby! Disebabkan awak perli saya lagi. Up
bawa RM300 😡

Baby Han
- 🤣 haih dia ni. Gigit karang. Nak ikut,
balik cepat! Jangan bawa motor laju-laju

- Motor besar bawa macam baru dapat lesen
buat apa?

Baby Han
- Kau jangan macam-macam eh manja. Aku
sita motor kau nanti baru tahu!


Terlepas tawa Eleanor melayan mesej dari suaminya itu. Suka betul dia buat suaminya marah. Bebelan suaminya itu bagai tiket hiburan buat dirinya setiap hari. Tidak pernah jemu dia membuat Aihan naik darah.

Kadang-kadang sebelum tidur, ada sahaja soalan-soalan bodoh dan merapu yang dilontarkan Eleanor pada Aihan. Sengaja ingin mendengar suaminya membebel.

Bebel-bebel pun tetap Aihan memeluk dan menciumnya seperti selalu. Itu sahajalah waktu yang dia ada untuk bermanja dengan Aihan. Selebihnya, sibuk masing-masing dengan kerja.


HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now