HANLEA - BAB 29

3.5K 136 5
                                    

Lengkap Eleanor memakai jaket kulit, kepala ditutupi dengan topi milik Ean. Cermin mata hitam dan mask hitam setia di wajah bagi menutup identitinya. Bagasi miliknya ditarik Aihan.

"Awak, sekejap saya nak beli air," ujar Eleanor lalu masuk dia ke dalam kedai serbaneka di lapangan terbang itu. Aihan dan Ean hanya memerhati gadis itu dari luar.

"Ean, uncle Najmi kau dengan mummy kau ada hire orang lain ke untuk track Elea?" Soal Aihan.

"Tak ada. Diorang mana ada duit nak upah-upah orang. Semua plan sendiri. Sebab tu slow. Info pun tak cukup nak attack Elea dengan daddy dekat Malaysia. Aku memang tak campur sangat. Kenapa?" Soal Ean kembali.

"Semalam aku ada nampak dua orang lelaki asyik usyar Elea dengan aku. And sekarang pun diorang ada. Aku baru perasan. Sebab tu aku baru teringat nak tanya kau," ujar Aihan perlahan.

"Hah? Mana? Mana?" Menggelupur kepala Ean mencari lelaki-lelaki yang dimaksudkan Aihan.

"Janganlah nampak sangat bongok," marah Aihan.

"Oh, sorry sorry. Mana? Aku nak tengok."

"Pukul 3 kau– jangan toleh laju-laju lah gila!" Keluh Aihan. Wajah diraup perlahan.

"Oh, dua lelaki tu? Aku pun ada nampak dekat restoran semalam. Lepas kita masuk, baru diorang sampai. Tak lama lepas kita sampai," ujar Ean.

"Ke perasaan aku je kot. Maybe kebetulan," Aihan cuba tenangkan diri.


Hampir sahaja waktu untuk mereka berlepas, Eleanor menghulurkan tangannya pada Ean. Ean menyambut huluran tangan Eleanor.

"Cium tangan aku, aku kan kakak kau. Hormat sikit," arah Eleanor angkuh. Tak pernah jadi kakak, biasalah jakun.

"Cis. Mmmuuuaaahhh! Puas hati?" Ean mencium tangan  Eleanor sekuat hatinya. Biar basah tangan kakaknya itu. Diraih tubuh Eleanor ke dalam pelukan.

"Take care sis, sunyi balik hidup aku lepas ni. Thank you for being here. Walaupun untuk seminggu je," ujar Ean sedih.

"Thank you Ean, tolong aku. Nanti balik lah Malaysia jumpa aku. Tak nak jumpa daddy pun tak apa," balas Eleanor. Diusap-usap kepala Ean yang lebih tinggi darinya itu.

"Okay Elea. Anything aku inform kau. Pergerakan mummy and uncle Jimmy nanti semua aku akan report dekat korang. Don't worry." Ean melepaskan pelukan. Dicium dahi Eleanor.

"Abang Arif, tolong jagakan Elea untuk aku." Ean berpesan pada Aihan pula.

"Of course. Kau pun jaga diri baik-baik Ean. Ada masa, ada peluang, datanglah Malaysia," balas Aihan tersenyum.

Ketawa dia melihat Eleanor sudah sibuk menyeka air mata di pipi. Nampak kasar tapi hati tisu betul minah ni.

"Kau jangan lah nangis Elea! Beratlah aku nak lepaskan kau balik..." Pujuk Ean.

"Aku sedih lah mangkuk. Walaupun kita baru jumpa, tapi aku rasa macam kita dah lama kenal..." Bidas Eleanor teresak-esak.

"Because we're from the same womb sis. Dah, jangan nangis. Nanti kahwin, share lah gambar korang dekat aku. Okay?"

Mengangguk Eleanor.

"Adieu, Elea. Je t'aime." Ean melambai sambil tersenyum.

"Je t'aime aussi. Adieu, Ean!" Eleanor berjalan mengundur sambil melambai sayu pada adik lelakinya.


*****


Tersedar Aihan apabila pemandu Grab mengejutkannya dari tidur.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now