HANLEA - BAB 35 (M)

5.1K 173 10
                                    

Warning: Mature Content


Masuk sahaja ke bilik, dilihat susun atur biliknya sudah berubah. Terlihat lebih kemas dan bersih. Bersih tahap ching-ching yang tak boleh dibawa bincang.

Tiba-tiba masuk Eleanor sudah lengkap berpakaian sambil mengeringkan rambutnya yang panjang itu.

"Awak! Saya dah mandi! Meh peluk saya!" Eleanor mendepakan tangannya dengan tersenyum lebar.

"Ahh, merajuk!" Aihan berpaling dari Eleanor lalu membuka kemejanya dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor.

"Ala, sorry baby. Saya busuk tadi. Saya tak nak awak bau saya busuk busuk.." pujuk Eleanor. Dipeluk tubuh suaminya dari belakang dengan niat ingin memujuk.

"Jangan peluk aku, aku pun tengah busuk ni tak mandi lagi," ujar Aihan dingin. Tangannya meleraikan tangan Eleanor dari melingkar di tubuhnya.

"Awak..." cebik Eleanor.

"Saya minta maaf... saya janji saya tak tolak awak macam tadi lagi..." perlahan suara Eleanor. Kepala menekur ke lantai. Hujung baju di gentel-gentel.

'Alahai, aku nak merajuk, dia pulak yang sedih,' getus hati Aihan.

"Awak... jangan lah marah saya... peluk lah saya..." pujuk Eleanor sambil merapati suaminya. Perlahan dia kembali memeluk Aihan.

"Aku busuk Lea..."

"Mana ada. Tak busuk pun. Wangi je!" Eleanor mencium-cium dada Aihan untuk membuktikan kewangian lelaki itu.

Panjang Aihan menarik nafasnya.

'Cari pasal betul dia ni,' rungut Aihan dalam hati. Selalu Eleanor menggodanya tanpa sengaja.

"Aku cepat-cepat nak balik rumah, nak peluk kau manja, tapi kau tak bagi. Geram aku tahu tak. Bukan busuk pun, wangi je," rungut Aihan.

"Tapi saya malu saya busuk," memuncung bibir Eleanor mendongak memandang suaminya. Dagu di tongkatkan di dada bidang Aihan.

"Kau rasa kau busuk macam mana pun, wangi je dekat aku. Kau rasa kau buruk pun, pada mata aku, kau perempuan paling cantik. Kau rasa kau jahat, tapi kau perempuan paling baik dekat mata aku..." ujar Aihan. Dibelai rambut basah Eleanor lembut.

"Yeke?" Mengecil mata Eleanor pada Aihan.

"Saya cantik ke Han?" Tanya Eleanor.

"Cantik..."

"Tapi kenapa–" terhenti kata-kata Eleanor berfikir ingin meneruskan pertanyaan atau tidak.

"Kenapa apa?"

"Tak ada apa-apa..." Eleanor menggelengkan kepalanya senyum sekilas.

"Cakap manja, kenapa apa?"

"Err... kenapa awak tak err... awak tak sen–sentuh saya pun? Saya tak cantik ke? Saya tak cukup seksi ke?"

Terangkat kening Aihan mendengar pertanyaan isterinya itu dan tersenyum senget. Diketuk jarinya pada dahi Eleanor perlahan.

"Kau lepas Isyak je dah tidur. Macam mana aku nak rasmikan kau? Tidur pun pakai baju macam tak pakai baju. Ingat iman aku setebal kamus? Tapi dah kau tidur, nak buat macam mana?" Jeling Aihan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now