Fokus Aihan mendengar cadangan-cadangan dan agihan tugas yang diberi Cikgu Maria sebagai ketua panitia matematik.
"Hari tu, saya masuk perpustakaan, saya tengok banyak buku rujukan matematik yang dah ketinggalan. Silibus kita sekarang pun dah jauh beza dengan apa yang ada dekat buku-buku dalam perpustakaan. Boleh tak saya nak lantik Sir Arif untuk update segala buku rujukan matematik dan matematik tambahan dekat sana? Nanti buat list buku apa yang sesuai untuk kita display," arah Cikgu Maria.
Aihan menganggukkan kepala dan terus mencatit segala arahan yang diterima di Ipad miliknya.
"On budget, saya serahkan pada Sir Hafiz. So, boleh refer dekat dia berapa bajet kita ada untuk proceed dengan buku-buku baru nanti."
"Baik," balas Aihan.
Bersurai sahaja mesyuarat panitia matematik, laju langkah kaki Aihan menuruni tangga menuju ke bilik guru.
"Sir Arif!"
Terhenti langkah Aihan mendengar namanya diseru lantang dari tingkat 4. Mendongak Aihan memandang ke tingkat atas.
"Umar bergaduh dengan Syahmi, Sir!" jerit ketua kelas 5 Hayyan.
'Aduh, apa lagi budak-budak ni' rungut Aihan dalam hati.
Tidak jadi dia ke bilik guru lantas berpatah balik menuju ke tangga untuk pergi ke kelasnya.
Terkesima Aihan di hadapan pintu kelas melihat wajah Syahmi sudah lebam, hidung Umar pula sudah diselaputi darah. Kedua-dua mereka sudah ditarik oleh rakan masing-masing bagi menghalang pergaduhan dari menjadi lebih teruk.
"Umar, Syahmi! Ikut saya ke bilik kaunseling. Now!" Keras suara Aihan memberi arahan. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.
'Sabar Han... sabar.'
Terus tangan dan tubuh Umar dilepaskan oleh rakan mereka. Berpusing Umar menuju ke arah Aihan.
"Saya minta maaf Sir." Tunduk Umar menekur ke lantai. Aihan tidak membalas. Laju kakinya melangkah ke arah bilik kaunseling sambil diekori Umar dan Syahmi.
Suis lampu dan penghawa dingin bilik kaunseling dihidupkan lalu Aihan ke sudut bilik mencari kotak first aid di dalam kabinet.
"Umar, awak duduk dekat sofa tu sekejap. Syahmi, duduk depan saya ni," arah Aihan sambil meletakkan kerusi di hadapannya untuk Syahmi.
Syahmi menghempas punggungnya malas sambil membuat muka. Menyampah tapi diturutkan juga arahan guru kelasnya itu.
Aihan mencuci sedikit luka di tulang pipi Syahmi perlahan.
"Awak start dulu, or Umar?" soal Aihan tegas. Tangan masih lincah membersihkan luka-luka kecil di wajah muridnya itu.
"Better jawab sebelum saya adukan benda ni ke pengetua. Saya kalau boleh tak nak dengar dari sebelah pihak. Lepas awak jawab, saya akan tanya Umar pula lepas ni. Tipu tak tipu, belakang cerita. Saya yang akan nilai sendiri. Yang penting, explain."
Lama mata Syahmi merenung tajam ke arah Aihan.
"Umar tumbuk aku dulu," ujar Syahmi.
"Kenapa? There must be a reason."
"Seb... sebab... aku cakap mak dia pel..." diam Syahmi tidak meneruskan ayat. Bergerak-gerak halkumnya turun naik menelan air liur.
"Pelacur," sampuk Umar yang sedari tadi diam duduk di sofa.
Berkerut dahi Aihan.
"Tuduhan yang berat tu Syahmi," balas Aihan.
"Tapi betul lah. Mak dia pelacur. Aku nampak mak dia tiap malam dekat lorong area Pudu," lantang Syahmi bersuara. Cuba membela dirinya yang dirasakan benar.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romance2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...