Sampai sahaja di dalam bilik mereka, terus Aihan menukar pakaiannya kepada t-shirt khas yang ditempah untuk guru-guru dan petugas yang terlibat. Mata melirik pada isteri yang duduk termenung di birai katil.
"Are you okay manja?" Duduk Aihan di birai katil bersebelahan isterinya.
"Okay baby. Kenapa?"
"Nampak kau termenung tu, risau lah aku," jawab Aihan. Ditekap tangan pada dada Eleanor untuk merasa detak jantung isterinya.
"Awak buat apa ni?" Mengecil mata Eleanor memandang suaminya.
"What? Aku nak rasa jantung kau laju ke tak," balas Aihan.
"Ingat nak meraba tadi," gumam Eleanor.
"Kalau ye pun apa salahnya? Macam tak biasa," sengih Aihan. Dicium pipi Eleanor geram.
"Betul okay ni? Aku ada aktiviti sampai sebelum Maghrib. Nanti aku balik bilik, kita keluar makan."
"Saya okay lah. Awak jangan risau. Sekejap lagi saya nak lepak dekat bilik Moon boleh?" Tanya Eleanor.
"Boleh, tapi jangan merayap dekat sungai depan tu sorang-sorang tau. Kalau ada Moon, tak apalah. Pergi mana-mana ajak Moon. Jangan pandai-pandai jalan sorang. Kau tak biasa tempat macam ni," pesan Aihan lalu mencium hujung mata Eleanor. Kemudian beralih pula bibir Aihan ke hidung Eleanor pula.
"Awak ni kenapa asyik cium saya je!"
"Tak tahu. Muka tu macam mintak cium je," jawab Aihan selamba.
Aihan memegang belakang kepala Eleanor lalu mencium bibir isterinya lama sebelum dilepaskan.
"Okay, dah fully charged. Baru semangat nak mula aktiviti," ujar Aihan lalu bingkas dia bangun dan mengambil beg laptopnya lalu disandang ke belakang.
"Awak, kalau saya nak kuih sekarang, awak nak tolong saya tak?" Sengaja Eleanor ingin mengusik Aihan.
'Tadi gatal sangat kan, meh sini tengok aku gatal macam mana pulak,' bisik hati Eleanor nakal.
Terangkat kening Aihan mendengar pelawaan Eleanor.
"Manja... aku ada aktiviti ni..." balas Aihan perlahan.
"Hmm, dah agak dah. Awak nak kuih, saya selalu tolong tau. Tapi kalau saya nak, awak banyak alasan sekarang," balas Eleanor. Berpeluk tubuh dia membelakangkan Aihan. Konon merajuk.
"Manja manja manja, alamak, bukan aku tak nak tolong, tapi jadual aku pack petang ni. Malam ni aku tolong boleh?" pujuk Aihan sambil memeluk Eleanor dari belakang.
Tersenyum Eleanor lalu berpusing menghadap suaminya.
"Saya gurau lah. Dah pergi lah," ujar Eleanor.
"Manja! Hish dia ni," di jentik dahi Eleanor geram.
"Aww, sakitlah!" Laju tangan Eleanor menarik rambut suaminya kuat.
Mengaduh Aihan cuba melepaskan tangan Eleanor yang kuat menarik rambutnya yang tadi sudah disikat rapi.
"Manja, tak handsome dah aku," Aihan menyebak rambutnya kebelakang.
"Buat apa nak handsome handsome time saya tak ada? Awak jangan macam-macam. Saya tengok student perempuan tergedik-gedik dengan awak, siap eh." Eleanor memberi amaran.
Tersengih Aihan lalu memeluk Eleanor erat. Dicium ubun-ubun isterinya itu.
"Kau duduk dengan Moon. Ingat pesan aku tadi, jangan sorang-sorang. Faham?"
"Baik Yang Arif," balas Eleanor lalu dia mengucup kedua belah pipi dan mencium tangan Aihan hormat sebelum melambai suaminya itu yang sudah bergerak ke arah dewan bersama Hafiz. Eleanor mengunci pintu biliknya dari luar lalu masuk ke dalam bilik Munira.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romance2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...