HANLEA - BAB 26

3.5K 142 4
                                    

"Bagi aku explain dulu sampai habis, baru kau tanya okay?"

"Hmm." Eleanor membalas ringkas.

"I'm Ean Nadiem Bin Emran Nor–"

"Oppsss! I said, let me explain first, no question!" Pantas Ean menahan Eleanor dari bersuara apabila melihat mulut gadis ini seperti ternganga.

'What the hell?! Bin Emran Nor?! Apa ni miskah?!'

"Aku adik kandung kau. Aku bawa kau ke sini untuk lindung kau dari mummy and Najmi. Najmi is our stepfather."

Ean mengambil nafas dan meneruskan bicaranya.

"Mummy and Najmi plan nak culik and bunuh kau. Lepas tu baru daddy. So that, harta Emran Nor, syarikat Emerald Eng Corp. akan jatuh pada warisnya yang kedua iaitu aku, Ean Nadiem. Mummy want that. Mummy nak balas dendam dekat daddy," jelas Ean lagi.

Terpana Eleanor di katil. Mata masih melekat di wajah lelaki muda ini. Terdiam Eleanor tidak tahu mahu memberikan reaksi apa.

'Tak mungkin... Tak mungkin...'

"Wait Ean, aku tak boleh digest. Mummy nak bunuh aku? Habis, mummy kata rindu aku, nak aku datang sini tu semua?"

"Sebab nak perangkap kau..." sambung Ean.

"A–aku tak faham! Apa sebenarnya ni? Kenapa nak bunuh aku? Dari umur aku 5 tahun, aku ingatkan dia dah tak ada. Meninggal! Daddy bawa aku ziarah kubur dia! Daddy tak pernah langsung sebut pasal kau adik aku! Selama aku hidup, aku ingatkan memang aku dah tak ada mummy. Tapi hakikatnya, mummy hidup lagi dekat sini. And now, bila aku dah tau dia hidup lagi, aku jadi sasaran dia untuk mati? Dia nak bunuh aku? Macam tu Ean?!' jerkah Eleanor.

Turun naik nafasnya menahan rasa sakit di dada. Ean tidak mampu menjawab. Menekur dia ke lantai.

Tahu akan rasa sakit yang Eleanor bakal rasakan. Bagaimana dia rasa sakit bila mengetahui bapanya masih wujud di bumi Malaysia bersama kakak kandungnya. Langsung tidak menjenguknya di sini.

Dia tahu akan rasa itu. Rasa dikhianati.

"Ean, jawablah–" pinta Eleanor lirih. Halus kedengaran esakan Eleanor.

"I'm sorry... Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi antara daddy and mummy. Aku hanya dengar dari side mummy je. Mummy kata daddy kaki pukul. Daddy tinggalkan mummy dekat sini and bawa kau ke Malaysia. Daddy ceraikan mummy lepas aku dilahirkan. Daddy sanggup palsukan kematian mummy untuk tutup mata kau. Itu antara apa yang aku dengar dari mummy. Mummy benci kau and daddy. Tapi aku tak boleh benci kau. Aku tahu kau mangsa macam aku. Aku tak tahu on daddy's side punya story macam mana pulak. Aku tak nak berat sebelah," jelas Ean. Kedengaran matang cara fikiran dan percakapan Ean.

Tangan meraup wajah lalu bersandar di kerusi yang didudukinya di tepi katil.

"Daddy tahu kau wujud, tapi kenapa daddy tak ambil kau sekali?" Soal Eleanor teresak-esak.

"I don't know..."

"Be–betul ke kau adik aku Ean?" Eleanor masih sangsi.

"Sekejap aku tunjuk birth certificate aku." Bangun Ean dari duduknya lalu menuju ke arah beg sandang hitam di atas meja makan.

"Nah. Hope kau percaya dengan aku. Aku tak ada niat lain, aku nak tolong kakak aku. Aku sayang mummy but this time, she is too much. Dia nak aku bolot harta daddy, untuk kesenangan dia. Dia struggled a lot this year. Bakery cafe dia tak menguntungkan. Najmi dah kena pecat. And semua perancangan ni pun datang dari cadangan si bewek hidup tu," jawab Ean sambil menghulurkan sijil kelahiran miliknya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now