HANLEA - BAB 46

3.9K 148 6
                                    

Kelihatan cantik Eleanor mengenakan baju kurung moden berwarna navy blue dihiasi sulam dan manik berkilau. Bertambah naik seri wajahnya dengan rambut diikat ponytail dan dirias bersama scarf berwarna senada dengan baju yang telah dibelikan oleh Aihan.

Senyum Aihan di cermin memandang isterinya yang sudah selesai bersiap.

"Manja, tolong butangkan baju aku."

Bingkas Eleanor bangun dan berdiri di hadapan suaminya yang mengada itu. Benda boleh butang sendiri, sengaja nak menggedik.

Khusyuk Eleanor membutangkan satu-satu di kemeja berwarna navy blue di tubuh Aihan itu. Sambil itu, sempat tangan Aihan membetulkan juntaian rambut Eleanor di dahi.

"Tengok kita pakai baju sama, teringat waktu jadi pengapit Ryss," ujar Eleanor tersipu.

Tersengih Aihan.

"Tapi kenapa kau dah kahwin ni, lagi cantik dari waktu anak dara dulu?" Tanya Aihan.

"Awak, saya tak cantik ke dulu?" Memuncung bibir Eleanor.

"Tak ada pun aku sebut tak cantik manja. Aku kata dah kahwin ni, kau lagi cantik. Faham tak? Dulu cantik, sekarang bertambah cantik! Insecure aku," balas Aihan. Dicium ubun-ubun Eleanor.

"Maknanya, awak pandai jaga saya. Makan, pakai semua cukup. Emosi saya stabil, awak selalu buat saya happy, kalau gaduh pun sekejap je sebab awak pandai pujuk saya. Hari-hari saya happy dengan awak! Jadi, bila isteri happy, automatik isteri jadi cantik!" Balas Eleanor ceria.

Selesai menbutangkan kemeja Aihan, dicium pipi suaminya itu lama.

"Awak happy tak hidup dengan saya? Ke saya je happy sorang-sorang?" Mengecil mata Eleanor memandang suaminya.

"Betapa tak husnudzonnya bini aku ni. Aku happy lah manja! Hari-hari celik mata je nampak muka cantik ni, celik mata je muka cantik ni tengah peluk aku. Aku balik dari sekolah, muka cantik ni sambut dekat pintu peluk aku, aku lapar je, muka cantik ni sibuk nak masakkan untuk aku walaupun tak berapa reti. Mana tak happy?" Balas Aihan sambil mencubit pipi isterinya geram.

Tersenyum senyum Eleanor memeluk suaminya manja.

"Dulu kan, saya ada mengorat sorang laki ni tau..." terangkat kening Aihan mendengar ayat isterinya.

"Siapa?" Berkerut seribu dahi Aihan.

"Dengar lah dulu! Dulu saya ada mengorat sorang lelaki ni, saya kata saya suka dia. Tapi dia tak layan pun! Saya ajak kahwin, dia kata saya biol. Lepas tu anggap saya adik je. Alih-alih, dia ajak saya kahwin wak! Cakap besar lagi. Jual mahal konon. Siapa entah lelaki tu," ejek Eleanor. Dijeling sahaja Aihan dari ekor mata.

Tersenyum sumbing Aihan menggaru kepalanya.

"Yelah yelah, aku lah tu. Mana lah aku nak sangka jodoh dah dekat depan mata. Cepat pulak tu sampai. Aku tak sempat doa lagi mintak jodoh cantik, baik, comel, manja... tahu tahu dapat dah," ujar Aihan membalas pelukan isterinya.

"Eh, jom lah awak. Nanti lambat. Awak rasa nanti kita terserempak ke dengan Nurin tu? Saya malas lah nak jumpa dia," rungut Eleanor menuju ke arah meja solek lalu mengambil beg tangannya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now